Manchester United benar benar berminat untuk melantik Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baharu kelab mereka.
Sebelum ini United sudah melantik CEO baharu iaitu Omar Berrada yang sebelum ini menggals tugas sebagai Ketua Operasi Bola Sepak di Man City.
Orang yang berjaya membawa masuk Jack Grealish dan Erling Haaland. Guardiola menegaskan peranan Berrada di City sangat penting kerana dia membantu mengimbangi aspek perniagaan dan kesukanan.
Dia orang tengah di antara operasi di atas padang dan di luar padang.
Kini Man United mahu mendapatkan Dan AsHworth yang kini menggalas jawatan pengarah sukan Newcastle. Dengan beliau sendiri sudah memberitahu Newcastle dia mahu menyertai Man United.
Dan Ashworth dianggap antara Pengarah Sukan berbakat besar daia arena bola sepak. Dia menjadi sasaran utama INEOS sejak sekian lama.
Kini Sir Jim Ratcliffe mahu Ashworth menjadi ahli baharu dalam pasukan pengurusan dalam usaha merevolusikan semula Man United.
Namun begitu Newcastle telah meletakkan harga £20 juta untuk Ashworth. Nilai itu dianggap melampau dan tidak munasabah.
🚨 EXCL: Dan Ashworth has been placed on gardening leave by Newcastle. Follows request to leave as sporting director + join Man Utd. #NUFC want £20m. 52yo on full pay. #MUFC ready to wait as don’t intend to pay what they deem unrealistic sum @TheAthleticFC https://t.co/g8UDhmr0cT
— David Ornstein (@David_Ornstein) February 18, 2024
Newcastle meminta bayaran itu dibayar secara sekali bayaran bukan ansuran.
Manchester United enggan membayar angka tersebut. Mereka masih berminat dengan Ashworth dan berunding harga lebih murah untuk menebus kontrak beliau.
Ashworth dilaporkan sudah tidak ada hati lagi untuk kekal di Newcastle United pada masa ini.
🚨🔴 Manchester United will make formal proposal to Newcastle soon as they will try to negotiate compensation to have Dan Ashworth right now.
Not easy but talks will take place.
It's over between Ashworth and Newcastle after he said yes to #MUFC project last week, as reported. pic.twitter.com/dqibZnzkFZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 19, 2024
Dan Ashworth sebelum ini banyak membantu Newcastle dalam berdepan beberapa tekanan daripada pemilik pemilik kelab di EPL yang kurang senang dengan pemilikan Arab Saudi di kelab itu.
Beliau berjaya memastikan Newcastle kekal mengiktui piawaian FFP yang ditetapkan sama ada Premier League atau UEFA.
Ahsworth menuai pujian daripada rakyat England. Setelah membantu membentuk skuad B-17 yang luar biasa. Di mana projek pembangunan itu melahirkan juara dunia B-17 dan B-20 selepas itu.
Kemudiannya dia membantu membangunkan Brighton untuk naik promosi ke EPL dengan perlantikan Graham Potter selepas pemecatan Chris Hughton.
Potter dianggap antara pengurus Inggeris yang berbakat besar ketika di Brighton.