Man United Letak Harga Pogba €150 Juta

Masa depan Pogba di Manchester United sentiasa menjadi tanda tanya setiap kali jendela perpindahan, dalam beberapa siri jendela perpindahan kebelakangan ini.

Pogba kini dilaporkan tidak cergas dan mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan susulan untuk membetulkan bahagian kakinya.

Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan sokongan kepada Pogba agar segalanya lancar.

Namun sebaliknya berita kecederaannya itu, Paul Pogba juga dibelenggu oleh isu masa depan beliau di Man United.

Agak sukar untuk Ole Gunnar Solskjaer untuk mengetahui keadaan sebenar pemain tengah beliau itu. Ole juga sukar berkomunikasi dengan pihak Pogba kerana Raiola yang sudah bengang dengan United.

Beberapa hari lalu wakil kepada Paul Pogba iaitu Mino Raiola melancarkan serangan ke atas Manchester United.

Ianya gara-gara Mino Raiola kecewa dengan tuduhan media pro Manchester United yang menyatakan bahawa beliau adalah punca kegagalan perpindahan Erling Braut Haaland.

Raiola kemudian mengutuk cara Manchester United dalam melayan Paul Pogba di Old Trafford.

Malah Raiola menuduh, letak, Pele, Maradona dan Maldini sekalipun, ketika mereka prime, di Man United tetap akan hancur kariernya. Inikan pula Paul Pogba.

Lalu dia berjanji tidak akan membekalkan sebarang pemain lagi ke Old Trafford.

Ketika ini ada tiga pasukan yang mahukan Paul Pogba. Mereka adalah Real Madrid, Juventus, dan Inter Milan.

Mereka diminta untuk membayar sekitar €150 juta jika mahu mendapatkan Paul Pogba. Manchester United menandatangani pemain itu dari Juventus, dahulu,dengan nilai €100 juta.

Berdasarkan angka yang diletakkan oleh Ed Woodward itu, kini Juventus dan Real Madrid dianggap pasukan yang paling realistik mendapatkan beliau.

Laporan di Manchester United, menyatakan bahawa para pemain lain, tidak ada seorang pun rakan sepasukan Pogba yang menghalang pengurusan daripada menjual Pogba ketika ini.

Bagi mereka mereka menerima secara terbuka pemergian salah seorang pemain tengah terbaik dunia itu.

Pada pandangan peribadi saya, silap Manchester United juga kerana tidak menyelesaikan isu masa depan Pogba ini lebih awal.

Kalau korang ingat, Sir Alex Ferguson pernah tidak melayan tuntutan Paul Pogba dahulu ketika beliau menjadi pemain remaja.

Malah lebih mengejutkan apabila Sir Alexander Ferguson memanggil semula Paul Scholes, keluar dari persaraan untuk mengisi posisi di bahagian tengah.

Itulah kemuncak kepada pemergian Paul Pogba ke Juventus. Sir Alex tidak kuasa nak melayan karenah ejen beliau itu Mino Raiola.

Tidak dinafikan bahawa Paul Pogba merupakan salah seorang bakat elit di dalam bola sepak. Namun seringkali terlibat dalam isu berkaitan kontrak kerana mendapat nasihat daripada Mino Raiola.

Sebelum ini Pogba pernah meminta gaji 2 kali ganda lebih tinggu daripada Manchester United. Ini supaya gaji beliau lebih tinggi daripada Alexis Sanchez.

Sekarang ini, Manchester United masih mahu menagih khidmat beliau di dalam pasukan itu. Oleh itu mereka meletakkan harga setinggi €150 juta.

Harga yang sama mereka pernah diminta oleh United daripada Real Madrid sebelum ini. Namun gergasi Sepanyol itu tidak mahu untuk memenuhi tanda harga itu.

Baca yang lain