Man United Mahu Pinjam Cucurella, Harap Chelsea Rela Lepaskannya

Kecederaan Luke Shaw membuatkan Erik Ten Hag mengarahkan scouting kelab itu cuba me-riki pemain yang sesuai dengan taktikalnya.

Ajaib dan mengejutkan apabila nama Marc Cucurella ada dalam kitab taktikal Erik Ten Hag di kalangan pemain yang dia rasa sesuai dengan falsafahnya.

Luke Shaw merupakan pemain penting Ten Hag. Pemain yang menjadi sumber hantaran lintang berkualiti untuk penyerang.

Dan kini Man United mahu meminjam Marc Cucurella. Mereka berharap Chelsea sudi meminjamkan pemain itu memandangkan skuad The Blues sangat besar.

Pakar perpindahan eropah, Fabrizio Romano melaporkan: ‘Eksklusif: Man United telah menghubungi Chelsea untuk bertanya tentang syarat diletakkan Chelsea untuk meminja Marc Cucurella.”

“Tiada bidaan atau rundingan konkrit dibuat lagi setakat ini.”

“Man United mencari peluang mendapatkan bek kiri namun tidak mahu yang terlalu mahal. Ada beberapa calon dalam senarai mereka. Tiada kata putus dibuat lagi.”

Marc Cucurella pada ketika ini pasti sedar bahawa dalam beberapa perlawanan terakhir, Mauricio Pochettino sangat gembira dengan prestasi Ben Chilwell.

Cucurella ditandatangani oleh Chelsea dengan nilai £55 juta dari Brighton musim lalu.

Dia mulai mendapat kritikan pada musim lepas walaupun awalnya kelihatan menjanjikan sesuatu.

Adakah Marc Cucurella rela untuk menyertai Man United. Dan adakah Chelsea rela melepaskan Cucurella ke kelab yang menjadi pesaing mereka untuk kejuaraan liga?

Adakah Cucurella dengan rela memujuk Chelsea untuk menerima tawaran itu?

 

Baca yang lain