Erik Ten Hag sudah kembali bertugas di Manchester United. Pengurus itu sudah memberikan senarai pemain yang dia mahukan untuk dibeli.
Agak mengejutkan apabila Ten Hag mahukan nama pemain yang sebelum ini pernah gagal mendapatkan kontrak tetap di Manchester United iaitu Sergio Reguilon.
Menurut Diario AS, adalah pemain yang sebelum ini dianggap oleh Ten Hag sebagai sangat sesuai dengan taktikalnya. Itulah sebabnya mereka mendapatkan pemain itu secara pinjaman ketika kecederaan melanda Luke Shaw serta Tyrell Malacia.
Tetapi pengurusan United enggan membeli pemain itu secara tetap kerana kepulangan semula Luke Shaw yang menyaksikan posisi bek kiri akan terlalu ramai.
Sepanjang Reguilon bersama Man United, dia telah menjadi pemain kesayangan peminat. Kerana dianggap sentiasa menunjukkan aksi sepenuh hati dan konsisten.
Malangnya, hala tuju kelab berbeza ketika itu. Di mana pengurusan tertinggi tidak yakin bahawa Reguilon pilihan yang baik.
Ten Hag sendiri ketika itu memberikan bayangan bahawa dia juga tidak gembira apabila kelab tidak mendapatkan Reguilon secara tetap. Di mana Shaw dan Malacia kembali cedera dan mereka tiada pilihan ketiga.
Reguilon dipulangkan ke Spurs dan kemudian menyertai Brentford secara pinjaman. Dia bermain 16 perlawanan bersama Brentford musim lalu.
Prestasi cemerlangnya menarik perhatian Ten Hag sekali lagi. Di mana pengurus itu semakin hilang keyakinan bahawa Tyrel Malacia boleh menjadi pesaing utama Luke Shaw untuk posisi bek kiri.
THERE ARE REGUILON TO MANCHESTER UNITED RUMOURS 😭😭❤️ pic.twitter.com/cvfc5K1Yks
— Frank🧠🇳🇱 (fan) (@TenHagEra) July 3, 2024
Ini selepas pemain itu mengalami kecederaan serius yang menyebabkan dia berehat panjang.
Tetapi masalah utama United ketika ini, Spurs sudah dihubungi beberapa kelab lain yang berminat mahu mendapatkan Sergio Reguilon.
Antara adalah West Ham yang dikendalikan Julen Lopetegui. Pengurus yang menaikkan namanya ketika di Sevilla dulu. Seterusnya Juventus juga berminat dengan pemain tersebut.
Sir Jim Ratcliffe kini mengetuai bahagian pembangunan sukan di Man United. Dia sedia untuk membantu Ten Hag mendapatkan Tyrell Malacia.
Reguilon sebelum ini dianggap sebagai prospek masa depan ketika bersama akademi Real Madrid. Tetapi kualiti skuad Real Madrid membuatkan dia tidak mampu menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama.
Akhirnya dia dipinjamkan ke Sevilla. Sebelum dia dijual secara tetap ke Spurs. Perpindahan yang dianggap mengejutkan ketika itu.
Di Spurs dia masih gagal menjadi pemain yang konsisten dalam perancangan pasukan. Dia dipinjamkan ke beberapa kelab lagi termasuk Atletico Madrid, Man United dan Brentford.
Spurs sudah memutuskan bahawa Reguilon hanya akan dijual secara tetap pada perpindahan kali ini. Bukan untuk pinjaman sekali lagi.