Situasi di Manchester United dilaporkan sangat tegang. Selepas kalah dalam final UEL, kelab dalam proses memecat 200 staf mereka.
Bukan itu, sahaja Manchester United, menerusi Sir Jim Ratcliffe turut menyenaraikan kesemua pemain pasukan utama mereka adalah untuk dijual. Jadi mana mana kelab yang mahu membeli pemain United, sila kemukakan tawaran mereka untuk dipertimbangkan.
Pemecatan staf itu bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini sudah beratus kelab dipecat, dan sekarang 200 lagi bakal hilang kerja mereka. Ianya sebagai sebahagian langkah penjimatan ekstrim dibuat oleh Manchester United.
Kegagalan mara ke UCL musim hadapan memberikan impak kepada kewangan kelab. Mereka terpaksa membayar penalti kepada Adidas kerana gagal mara ke UCL.
Selain itu, kelab itu juga masih perlu mengumpul dana untuk menyokong Ruben Amorim dalam jendela perpindahan akan datang.
Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe memberitahu bahawa, jika dia tidak bijak dalam mengambil langkah drastik mengurangkan kos kelab itu termasuk membuang staf, menarik semua subsidi kepada staf, melarang staf makan free di kantin, maka kelab itu boleh bankrap menjela Krismas hujung tahun ini.
Lebih mengejutkan, Ruben Amorim baru baru ini membiayai 30 staf kejurulatihannya bersama keluarga mereka, ke Sepanyol untuk final UEL. Ini selepas Amorim mendapat tahu, kelab tidak menanggung perbelanjaan mereka.
Kegagalan United beraksi di UCL sekali lagi, buat dua musim berturut turut benar benar membuatkan INEOS pening kepala.
Malah sebelum ini Sir Jim Ratcliffe sudah memberitahu pemain pemain, jika mereka menang UEL sekalipun, tiada perarakan besar besaran dibuat, untuk mengurangkan kos kelab itu. Hanya ada makan makan barbeku di kompleks kelab sahaja.
Menurut Telegraph, keadaan di Man United sekarang ini, motivasi staf di sana sangat teruk. Mereka benar benar kecewa dengan INEOS.
Seterusnya, INEOS turut membenarkan Ruben Amorim menjual mana mana pemain yang dia mahu jual. Bermakna, kelab menyenaraikan semua pemain mereka untuk dijual. Kelab akan mempertimbangkan tawaran terbaik untuk pemain pemain mereka.
Tidak seorang pun pemain dianggap ‘kebal’ atau untouchable di United. Langkah ini dianggap penting untuk membantu Amorim menambah dana daripada penjualan pemain.
🆕Manchester United put EVERY PLAYER up for sale as catastrophic financial reality laid bare
✍️|@DiscoMirror https://t.co/vXRGuei6IX pic.twitter.com/jGeFQmat5V
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 22, 2025
Sejak musim lalu lagi United berdepan dengan kekangan FFP. Namun mereka telah memutuskan untuk berbelanja besar membantu Ten Hag dalam jendela perpindahan. Dengan harapan akan kembali ke UCL dan bersaing dalam kejuaraan liga. Malangnya, United terus bergelut.
Mereka juga membelanjakan kos besar untuk memecat Ten Hag. Seterusnya melantik Ruben Amorim.
Mara ke UCL bermakna kelab akan meraih pendapatan sekitar £100 juta, ditambah dengan jumlah hampir sama untuk hak penyiaran EPL. Namun kini kelab kehilangan £100 juta yang mereka harap dapat dibawa masuk musim depan.
Nama nama besar seperti Harry Maguire, Luke Shaw, Andre Onana, Alejandro Garnacho, Rasmus Hojlund, Kobbie Mainoo dan Bruno Fernandes juga tersedia untuk dibida kelab lain.
Baru baru ini Bruno Fernandes sendiri mengakui masa depannya di United tidak menentu. Dia menyatakan: “Saya mahu terus kekal sehinggalah kelab sendiri beritahu saya untuk pergi. Maka saya akan terima sahaja. Sebab bola sepak memang begitu.”