Man United Perlu Memulakan Rundingan Baharu, Kerana Yang Sebelum Ni Dah ‘Expired’

Tawaran Man Utd untuk Frenkie de Jong telah tamat tempoh semalam. menurut Marcel van der Kraan dari De Telegraaf. Terdahulu pada bulan Julai, The Red Devils bersetuju dengan pakej £63 juta ditambah £8.5 juta sebagai tambahan dengan Barcelona untuk De Jong.

Tetapi perpindahan tidak menjadi kenyataan. Pemain berusia 25 tahun itu enggan mempertimbangkan untuk keluar dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan ia telah kerap menyatakan bahawa dia tidak mahu membincangkan terma peribadi dengan Manchester United.

Van der Kraan kini telah mendedahkan bahawa tawaran perpindahan yang dipersetujui antara kelab tempoh hari telah ‘tamat’ dan United perlu memulakan pusingan baru rundingan dengan Barcelona.

Koresponden yang terkenal itu berkata: “Saya telah mendengar – daripada sumber yang sangat kuat – bahawa tawaran Manchester United untuk Frenkie de Jong telah tamat. Rundingan baharu perlu dimulakan. Mereka perlu membuat dan membina satu lagi urusan baharu untuk memenuhi kehendak ekonomi pemain.”

United boleh mendapatkan Frenkie de Jong dengan bayaran yang lebih rendah. Dan United adalah satu-satunya kelab yang telah mengadakan rundingan rasmi dengan Barcelona untuk De Jong. Walaupu Chelsea juga kerap dikaitkan dengan pemain antarabangsa Belanda itu, tetapi The Blues merasakan bahawa rundingan mendpaatkan De Jong tak semudah yang disangka, walaupun Barca sebelum ini menyatakan mereka mahu mengeluarkan pemain itu dari bil gaji kelab mereka.

Chelsea masih berminat tetapi memandangkan keadaan agak rumit ketika ini, mereka tidak meletakkan De Jong sebagai keutamaan mereka.

Justeru, Red Devils masih berada di kedudukan paling hadapan untuk pemain itu jika De Jong mahu berpindah.

Tamat tempoh tawaran mereka sebelum ini boleh menjadi perkara yang baik kerana mereka kini boleh berunding dengan pakej yang lebih rendah.

Pada pertengahan bulan Julai, gergasi Catalan itu menghadapi masalah kewangan yang mendalam, tetapi kebanyakan kebimbangan itu telah diselesaikan dengan pengaktifan empat tuas ekonomi yang berasingan.

Hanya Jules Kunde yang tinggal untuk didaftarkan oleh kelab. Pasukan Catalan masih mempunyai rancangan untuk menandatangani Bernardo Silva dan Marcos Alonso, tetapi tiada apa yang konkrit buat masa ini.

Menurut Gerard Romero, Barca masih perlu melepaskan pemain sekurang kurangnya pemain bergaji tinggi dilepaskan secara pinjaman.

United belum ‘bersedia untuk menyerah kalah dalam pemburuan De Jong’ menurut De Telegraaf, yang dia percaya, kini rundingan baharu mungkin akan melibatkan harga lebih rendah memandangkan situasi Barca yang terdesak mahu melepaskan pemain itu, dan langkah itu juga membolehkan United menaikkan pakej gaji pemain itu berbanding tawaran sebelum ini.

Kisah panjang rundingan De Jong ini sebenarnya bermula sebelum jendela perpindahan dibuka. Atau lebih tepat ketika Ten Hag mulai diumumkan sebagai pengurus sebelum musim lalu berakhir.

United sebelum ini meletakkan 31 Jun sebagai tarikh akhir pemburuan De Jong. Namun  Ten Hag tak setuju dengan pendekatan sebegitu dan mahu kelab terus berusaha memburu pemain itu.

Isu terbesar sekarang adalah pada De Jong yang masih berkeras tak mahu meninggalkan Barcelona. Pada masa yang sama tidak mahu menerima pengurangan gaji di Barca.

Selain De Jong, Barcelona juga terbuka untuk menjual pemain lain seperti Memphis Depay, Samuel Umtiti, Martin Braihwaite – antaranya.

Terbaru, mereka sebelum ini dikatakan berminat menjual Aubameyang. Namun rundingan itu sukar kerana Barcelona meminta EUR30 juta yang dianggap mahal oleh Chelsea.

Seterusnya Xavi menyatakan bahawa dia tak terdesak mahu menjual pemain itu.

Baca yang lain