Charlie Austin mendedahkan bahawa Manchester United menolak untuk mendapatkan Virgil Van Dijk kerana berpendapat Victor Lindelof lebih bagus.
Charlie Austin bekas rakan sepasukan Van Dijk ketika di Southampton. Di mana Van Dijk kemudian menerima tawaran daripada Liverpool. Dia terpaksa menunggu sehingga Januari 2018 setelah usahanya untuk keluar lebih awal dihalang kelab.
Tetapi ada satu cerita menarik kerana Man United sebenarnya sudah memantau Van Dijk lebih awal. Dan mereka berpeluang untuk mendapatkan pemain itu pada 2017.
Absolute pleasure to play with @VirgilvDijk deserves all success in the future, one of if not the best cb in the league all the best big man pic.twitter.com/n3zV5Hda6N
— Charlie Austin (@chazaustin10) December 27, 2017
Namun begitu, Man United kemudian mendapati Victor Lindelof dianggap pilihan lebih baik. Dan mereka mendapatkan Lindelof berbanding Van Dijk.
Charlie Austin bercerita: “Saya ingat lagi kembali, sebelum Van Dijk meninggalkan Southampton. Kami duduk bersama sama di bangku simpanan ketika aksi menentang Chelsea.
“Saya duduk sana dan tanta dia: ‘Come on Virg, apa dah jadi dengan tawaran daripada United. Yang pasti Man United memang mahukan kamu bukan? Mereka kelab besar di England’.
“Dia [Van Dijk] membalas: ‘Kamu tahu tak Chaz, sebenarnya musim panas lalu mereka perlu memilih antara saya atau Lindelof. Dan mereka memutuskan untuk menandatangani Lindelof.”
Lindelof menyertai Man United pada 1 Julai 2017. Sementara Van Dijk pula menyertai Liverpool pertengahan musim tersebut pada Januari 2018. Selain daripada Liverpool, Van Dijk ketika itu tiba tiba menarik perhatian Pep Guardiola di Man City.
Namun Van Dijk mendedahkan dia sudah berjanji dengan Jurgen Klopp dia akan datang ke Liverpool kerana pengurus itu dilihat benar benar mahukannya. Dan selebihnya menjadi sejarah.
Van Dijk memenangi kesemua trofi utama dengan Liverpool. Dan dia juga memenangi beberapa anugerah individu menjadikan dia antara bek tengah terbaik pada eranya.
Charlie Austin speaking on how Van Dijk nearly signed for Manchester United 👀
"I remember the back end of his [Van Dijk's] Southampton career, we were on the bench together at Chelsea away.
I sat there, I said, 'Come on Virgil, what's going on, surely Man United must've been… pic.twitter.com/u6evQ62VW3
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) October 11, 2024