Man United Sedia Lepaskan Martial Secara Percuma Kerana Tak Ada Peningkatan

Samuel Luckhurst antara koresponden terpercaya untuk berita Man United dari MEN. Dan dia melaporkan bahawa Antony Martial benar benar membuatkan kelab hampir berputus asa.

Kini Man United sedia untuk melepaskan pemain itu secara percuma akhir musim ini. Sebelum ini United dilaporkan berminat untuk melanjutkan kontrak Martial terutama sekali terdapat klausa setahun yang boleh diaktifkan.

Namun kini pasukan kejurulatihan Erik Ten Hag tidak berpuas hati dengan prestasi Martial.

Dia antara pemain yang kerap memberikan impak dalam beberapa perlawanan dan kemudian berehat panjang kerana kecederaan. Seterusnya dia terpaksa mengambil masa untuk mengembalikan semula prestasinya dan cuba mengejar tempat dalam skuad utama.

Proses itu berulang ulang berlaku.

Agak menarik kerana ketika United menandatangani Martial dari Monaco, kelab itu sempat memasukkan klausa Ballon d’Or dalam kontraknya. Jika dia memenangi Ballon d’Or pada penggal pertama kontraknya Monaco akan menerima sekitar €10 juta daripadanya.

Ini kerana United benar benar yakin pemain itu sangat berpotensi pada masa itu.

Debutnya di United sangat memukau. Namun selepas itu kisahnya hanyalah banyak menjadi pemanas bangku simpanan kerana krisis prestasi dan kecederaan.

Namun pada akhir musim dia biasanya akan menunjukkan beberapa aksi cemerlang dan berjaya mendapatkan kontrak baharu.

Ramai peminat Man United merasakan kelab harus melupakan sahaja klausa setahun khas itu. Kerana ianya akan membuang duit semata mata. Martial sudah begitu lama diberikan peluang di Man United.

Pemain itu masih ada beberapa bulan sahaja lagi untuk menyakinkan Erik Ten Hag bagi mendapatkan kontrak baharu.

Baca yang lain