Manchester United akan mengetatkan syarat perlantikan pengurus baharu mereka. Di mana kelab itu mengutamakan pengurus yang dari kalangan ejen bebas, yang boleh ditandatangani secara percuma.
Lebih mengejutkan apabila Man United turut mempertimbangkan untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer menurut laporan Manchester Evening News.
Tindakan Man United yang membatalkan niat memecat Ten Hag akhir musim lalu membuatkan mereka kini menanggung kos pemecatan yang tinggi untuk Ten Hag.
Hal ini kerana pengurus itu sempat melanjutkan kontrak baharu di kelab itu setelah Man United dikatakan gagal mencapai kesepakatan dengan pengurus seperti Mauricio Pochettino.
Beberapa minggu lalu sudah ada desas desus bahawa Man United mahukan Thomas Tuchel, namun England lebih awal menyambar pengurus itu. Salah satu sebab England mempercepatkan proses pelantikan Tuchel dikatakan kerana mendapat tahu Man United mahukan pengurus itu.
Berbalik kepada Ten Hag, pemecatan pengurus itu membuatkan kelab membayar pampasan £17 juta kepadanya.
Ruud Van Nistelrooy kini menjadi pengurus interim. Namun United mahukan pengurus yang tepat untuk kelab itu. Nistelrooy pastinya boleh membuktikan dirinya sebagai interim sebagaimana pernah dilakukan oleh Ole Gunnar Solskjaer dulu.
Nama Ole Gunnar Solskjaer juga dalam senarai calon. Memandangkan Sir Jim Ratcliffe percaya pengurus itu adalah pengurus yang bagus dan semakin matang. Selain itu United turut dikaitkan dengan Gareth Southgate yang turut tiada kelab atau free agent.
Seterusnya, satu lagi calon yang mengejutkan ialah Xavi Hernandez. Bekas pengurus Barcelona itu memiliki gaya permainan bola sepak yang moden.