Manchester United sedia memintas Real Madrid untuk mendapatkan Alphonso Davies. Ini bakal mengulangi peristiwa ketika United berjaya meyakinkan Leny Yoro agar menolak Real Madrid dan memilih mereka.
Davies dikenali sebagai salah seorang left back terbaik dunia. Dia memiliki gaya permainan laju dan bertenaga. Namun dalam beberapa musim ini, dia bergelut dengan konsistensi.
Erik Ten Hag dilaporkan sudah tidak sanggup lagi terlalu bergantung kepada Luke Shaw dan Malacia yang berterusan berdepan masalah kecergasan.
Man United memburu bek kiri yang dianggap berkelas dunia. Alphonso Davies masih belum melanjutkan kontrak dengan Real Madrid.
Dan pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan secara percuma ke Real Madrid.
Ini selepas Real Madrid menyatakan minat mereka mahu mendapatkan pemain itu sebelum ini. Bayern menuduh Real Madrid tidak serius dalam usaha mahu membeli pemain itu.
Menganggap taktik ‘menyatakan minat’ itu lebih kepada menghantar isyarat kepada pemain bahawa Real Madrid mahukan pemain itu dan Real tidak akan membayar yuran perpindahan diminta kelab.
Taktik sama dipercayai Bayern telah digunakan Real Madrid ketika mereka mahu mendapatkan David Alaba secara percuma.
Man United sudah menerima hakikat bahawa Luke Shaw bukan pemain yang mereka boleh harapkan lagi untuk menjadi pemain utama di posisi bek kiri.
United sudah sedia untuk move on. Sementara itu, Alphonso Davies juga masih tidak memberikan komitmen kepada Bayern Munich ketika ini.
Menurut Florian Plettenberg, Davies lebih memilih untuk mencari kelab baharu berbanding kekal di Bayern. Pengurus Bayern, Vincent Kompany juga sudah menganggap pemain itu tiada dalam perancangannya.
🚨🔴 Manchester United’s interest in Alphonso #Davies is becoming more concrete ✔️#MUFC have been gathering extensive information on Davies for several days. The 23y/o would be a desired transfer for the vacant left-back position, as recently revealed.
In recent months,… pic.twitter.com/khmCGnwbsM
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) October 25, 2024