Man United Sedia Tawarkan Harga Lebih Baik Kepada Inter Untuk Beli Onana

Erik Ten Hag nampak gayanya masih berharap akan dapat membeli Andre Onana daripada Inter Milan.

Sebelum ini tawaran €45 juta untuk pemain itu ditolak Inter Milan yang meminta €60 juta.

United dikatakan sedia untuk beralih ke sasaran lain jika Inter terus berkeras meminta harga setinggi itu.

Namun semalam terdapat laporan menyebut, United sedia menaikkan sedikit tawaran mereka kepada €50 juta dengan €45 juta tetap dan €5 juta bonus.

Mereka berharap Inter akan kembali kepada tanda harga Onana sebelum ini yang diletakkan €50 juta berbanding €60 juta.

Inter sentiasa mahukan €60 juta untuk pemain itu. Namun laporan dari Itali menyebut, kelab itu mungkin akan sedia menerima tawaran €55 juta, iaitu angka di tengah tengah tawaran United dengan permintaan Inter untuk Onana.

Adakah Onana akan menjadi rekrut baharu Man United musim panas ini?

Penjaga gol itu sudah menyatakan bahawa dia sedia berpindah jika kelab mahu menjualnya. Dan dia tidak terdesak untuk pergi jika Inter masih memerlukan khidmatnya.

Hal ini kerana Inter telah membangkitkan semula kariernya selepas detik hitam. Di mana dia digantung oleh FIFA kerana barang terlarang.

Inter sebenarnya mahukan €60 juta itu untuk menampung dana bagi mendapatkan Romelu Lukaku. Di mana CEO Inter menyatakan secara terbuka mereka mahukan Lukaku, tetapi Chelsea tak mahu perjanjian pinjaman sekali lagi untuk pemain itu.

Inter yakin €45 juta – €50 juta akan menjadi angka yang bagus untuk mereka tawarkan kepada Chelsea untuk mendapatkan Big Rom secara tetap.

Inter juga dilaporkan masih berhutang €25 juta dengan Man United untuk Lukaku.