Man United Sedia Tawarkan West Ham £40 juta + Maguire Dan Elanga Untuk Beli Rice

Man United dilaporkan sedia menawarkan West Ham United pakej yang mereka percayai setara dengan harga £100 juta dimahukan kelab itu untuk Declan Rice.

Di mana United menawarkan wang tunai £40 juta ditambah dengan Harry Maguire dan Anthony Elanga.

Maguire merupakan pemain yang Moyes minati. Maka United kini menawarkan peluang untuk bekas pengurus mereka sendiri itu untuk begandingan dengan Harry Maguire.

Sementara Anthony Elanga dianggap prospek cerah yang boleh dibangunkan lagi menjadi pemain elit.

Namun sebenarnya, United masih tidak melakukan sebarang bidaan rasmi. Mereka cuma memberikan West Ham United cadangan mereka tentang perpindahan itu.

Buat masa ini United kekal menjadi pemerhati kepada perebutan kelab yang mahukan Rice.

Arsenal sudah dua kali tawaran mereka ditolak. Dan laporan David Ornstein menyebut bahawa Man City sedia membuat bidaan pertama mereka.

Manchester United dalam proses untuk menjual Fred ke Fulham. Sementara itu pemain seperti Casemiro sudah di hujung usia kariernya.

United sebelum ini gagal mendapatkan Frenkie De Jong. Kali ini United benar benar tidak berminat lagi dengan De Jong.

Jadi, nama Declan Rice menjadi antara nama yang dianggap sangat sesuai dengan Manchester United.

Harry Maguire merupakan kapten kelab yang dianggap non playing captain. United sedia melepaskan pemain itu jika ada kelab yang mahukan Maguire.

Jadi antara solusi yang difikirkan Man United adalah menjadikan Maguire sebagai sebahagian barang tukaran dengan Declan Rice. Sambil mereka top up sikit duit.

Sementara itu seorang lagi nama yang mahu disertakan dalam perjanjian itu ialah Elanga. Dia mungkin akan menjadi senjata penting West Ham jika dia benar benar menyertai kelab itu.