Manchester United akhirnya mengesahkan bahawa mereka tidak berminat mendapatkan Ben Chilwell kerana halangan faktor gaji terlampau besar.
Chelsea menawarkan 2 pemain kepada Man United iaitu Raheem Sterling dan Ben Chilwell. Namun untuk Ben Chilwell, Red Devils sudah menyatakan mereka tidak mahu dikaitkan dengan pemain tersebut.
Walaupun Man United pernah berminat mendapatkan Chilwell beberapa tahun lalu. Tetapi sekarang itu cerita lain. United berdepan dengan krisis kecederaan Luke Shaw dan juga Tyrel Malacia. Tetapi mereka yakin dengan keupayaan pemain sedia ada untuk menggantikan dua pemain tersebut.
Chelsea yang berminat dengan Jadon Sancho berharap United sedia untuk menukar pemain tersebut dengan Chilwell. Opsyen untuk pinjaman juga dibuka oleh Chelsea. Tetapi United tidak mahu membayar gaji terlalu besar yang ada pada kontrak Chilwell.
Jadi tiada rundingan atau sebarang bidaan dilancarkan oleh United ke atas pemain tersebut.
🚨🔴 Manchester United current stance is clear on Ben Chilwell reports: no interest, no talks ongoing. pic.twitter.com/3XnOf9C0yO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 28, 2024
Pemain itu menerima GBP200k seminggu di Stamford Bridge. Jika Chilwell sedia menurunkan gajinya, mungkin United mempertimbangkan semula perkara itu. Buat masa ini Chelsea tidak mahu membiayai sebahagian daripada gaji pemain itu jika dia berpindah secara pinjaman.
Membuatkan beberapa kelab lain turut menarik diri daripada mendapatkan Ben Chilwell. United yang dikaitkan dengan perpindahan pinjaman last minute untuk Chilwell juga mahu menjaga akaun FFP mereka. Sebab itulah mereka sangat teliti dalam urusan perpindahan pemain seperti Manuel Ugarte.
Di mana mereka memastikan Scott McTominay dapat dijual terlebih dahulu sebelum mendapatkan pemain itu.
Kontrak semasa Ben Chilwell dengan Chelsea masih ada sehingga 2027. Enzo Maresca sudah mengesahkan bahawa Chilwell antara pemain yang tidak berlatih dengan kelompok pasukan utama.