Man United Tamatkan Kontrak Dengan Team Viewer Demi Kebaikan Bersama

Manchester United memutuskan untuk memendekkkan perjanjian tajaan bernilai £235 juta mereka dengan penaja baju Team Viewer selepas bersetuju untuk membeli balik hak perjanjian tersebut.

Dalam kontrak antara kedua dua pihak dilaporkan bahawa Man United ada kuasa untuk membeli balik hak tajaan tersebut pada bila bila masa.

Sportsmail secara eksklusif mendedahkan pada bulan Ogos bahawa Team Viewer tidak berpuas hati dengan perjanjian lima tahun itu hanya  selepas 18 bulan perjanjian itu diumumkan pada Mac 2021 dan telah pun memutuskan untuk tidak memperbaharuinya pada 2026.

Syarikat teknologi Jerman itu, yang menggantikan Chevrolet pada baju United, yang sebelum ini menaja £47 juta setahun.

Kedua-dua pihak, Team Viewer dan Manchester United kini telah bersetuju dengan strategi keluar dengan United mengesahkan malam tadi bahawa mereka telah ‘mencapai perjanjian yang memberikan kebaikan kepada kedua dua pihak, di mana Manchester United akan mempunyai pilihan untuk membeli balik hak untuk tajaan depan jersi kelab itu’.

Team Viewer akan kekal diletakkan pada depan jersi United sehingga pengganti baharu diumumkan kelak dan terus menjadi rakan kongsi global kelab itu.

Perjanjian awal telah ditandatangani semasa pandemik COVID-19, dengan TeamViewer menawarkan harga yang lebih rendah daripada bekas penaja United, Chevrolet, dengan kelab bola sepak itu menerima pengurangan harga £17 juta daripada firma telekomunikasi itu.

Angka itu dianggap hanya relevan pada musim pandemik. Dengan Team Viewer menolak untuk meningkatkan nilai tajaan di masa akan datang dan sudah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak.

Pendirian Team Viewer membawa kepada konflik dengan Manchester United yakin bahawa mereka berhak mendapat lebih banyak. Sementara Team Viewer pula berpendapat bahawa mereka sudah terlebih bayar nilai kontrak.

Kini nampaknya kelab itu, yang sedang disenarai untuk dijual. Mereka mencari penaja yang menepati kontrak pasca pandemik.

Sebelum ini Glazer mengumumkan bahawa mereka terbuka menerima bidaan daripada mana mana pihak. Sama ada untuk membeli penuh atau menjadi rakan kongsi pemilikan di Manchester United.

Berita itu datang ketika TeamViewer mengeluarkan kenyataan bulan lalu yang mencadangkan bahawa firma itu akan ‘menyemak strategi jangka panjang mereka’ dengan kelab itu.

Firma pelaburan Petrus Advisers, yang dipercayai mempunyai 3% kepentingan dalam TeamViewer, juga telah mendakwa bahawa perjanjian £235m itu adalah ‘perjanjian yang mengerikan.’

Baca yang lain