Man United Tamatkan Rundingan Dengan Rabiot, Sedia Beli Casemiro £50 Juta, Gaji 300k Seminggu

Manchester United dilaporkan telah menamatkan rundingan dengan Adrien Rabiot. Ini kerana hierarki di Old Trafford itu merasakan permintaan gaji Rabiot dan permintaan ejen terlalu tinggi.

Menurut pakar perpindahan bola sepak Itali, Nico Schira, Man United menawarkan gaji sekitar €7 juta semusim kepada Rabiot.

Namun pemain itu meminta €9 juta semusim. Kemudian ibunya, Veronique meminta €10 juta komisen ejen yang membantu memujuk kliennya menyertai Manchester United.

Man United memujuk agar Rabiot mengurangkan sedikit permintaan gaji dari pihak mereka. Namun kem Rabiot menolak dan lebih relah untuk terus kekal di Juventus walaupun dianggap makan gaji buta sahaja di bangku simpanan.

Kerumitan rundingan ini membuatkan Man United dikatakan sudah menamatkan usaha untuk  berunding dengan Rabiot dan ibunya.

Kini Manchester United menggiatkan usaha memburu Casemiro untuk dibawa masuk. Carlo Ancelotti akan menjadi kunci kepada perpindahan ini.

Walaupun ketika ini, tiada tanda tanda pemain itu akan berminat untuk meninggalkan Real Madrid. Namun Man United sedia menawarkan gaji luar biasa kepada pemain itu.

Man United sedia membayar Casemiro £300k Seminggu di Old Trafford.

Seterusnya, Red Devils juga menyediakan £50 juta untuk membeli pemain veteran legenda Real Madrid itu.

Kenapa Ancelotti dianggap kunci? Ancelotti sebelum ini sudah membeli beberapa pemain tengah termasuk Tchoumeni dan juga Eduardo Camavinga. Di samping itu mereka juga ada Fede Valverde yang semakin meningkat naik.

Jika Ancelotti merasakan bahawa dia mahu menjual Casemiro, maka Real Madrid tidak ada masalah dengannya.

Namun begitu, Casemiro, Kroos dan Luka Modric merupakan trio legenda di Real Madrid dan mereka sangat serasi bersama. Menjadi nadi penting kejuaraan La Liga dan UCL oleh Real Madrid musim lalu.

Manchester United kehilangan ramai pemain tengah pada pra musim lalu. Paul Pogba, Nemanja Matic dan Juan Mata kesemuanya pergi meninggalkan kelab tersebut.

Namun setakat ini mereka cuma membawa masuk seorang Attacking Midfielder iaitu Christian Eriksen.

Man United banyak menghabiskan masa mereka mengejar tandatangan Frenkie De Jong. Tetapi pemain itu masih berkeras enggan meninggalkan Barcelona untuk Manchester United.

Man United masih tak berputus asa sehingga jendela perpindahan ini ditutup.

Adakah Man United akan berjaya mendapatkan De Jong dan Casemiro pada satu window yang sama?

Mungkinkah kita akan melihat reunion antara Casemiro, Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane di Manchester United pada musim ini?

Baca yang lain