Man United Tawarkan Kontrak Lanjutan Buat Jesse Lingard

Manchester United sedang berbincang dengan Jesse Lingard mengenai lanjutan kontrak yang akan terus memastikan pemain itu kekal di kelab itu selepas tamat musim ini.

Lingard sebelum ini dijanjikan untuk membuat perjanjian tetap dalam jendela perpindahan musim ini dalam kontrak pinjamannya di West Ham. Lingard menjaringkan 9 gol daripada 16 penampilan.

Malamgnya pemain itu dikatakan tidak menerima perjanjian tetap bersama West Ham kerana masih terus mahu berseragam Man united.

Lingard sudah tiga kali tampil di bangku simpanan untuk United musim ini, tetapi setelah menjaringkan gol pertamanya untuk kelab sejak Ogos 2020 menentang Newcastle, Lingard melakukan kesilapan dalam kekalahan Man United di tangan Young Boys.

Itu hanyalah perkara biasa dalam bola sepak, kerana Man United sebenarnya sudah merancang lanjutan kontrak Lingard.

Pemain berusia 28 tahun itu dijanjikan akan terus berperanan dalam pasukan musim ini, dan Ole Gunnar Solskjaer telah mendedahkan United sedang dalam perbincangan untuk mencuba dan melanjutkan lagi kontraknya.

Sekiranya tidak ada kesepakatan baru, Lingard boleh meninggalkan kelab itu musim panas depan secara percuma dan bebas bercakap dengan mana mana pasukan pada Januari ini.

Ole berkata:

“Dia masih ada satu tahun kontraknya dan kelab sudah bercakap dengan dia dan ayahnya. Kami melihatnya sebagai pemain Man United di masa depan.”

“Jesse telah kembali ke dalam pasukan kami selepas cemerlang di West Ham. Dia menunjukkan kualiti dan kembali ke skuad England, menjaringkan gol.”

“Kami benar-benar ingin melihat yang terbaik dari dia musim ini – kami menyokongnya dan kami berharap dapat membangunkan dia di sini bersama kami, dia adalah pemain setan merah sepanjang masa.”