Man United Tawarkan RM57.4 Juta Agar Maguire Membawa Diri

Man United benar benar mahu menjual atau melepaskan sahaja Harry Maguire.

Dengan Maguire masih tidak ada kelab yang berminat membelinya, Man United sedia membayar  £10 juta bonus kepada pemain itu agar mencari kelab baru dan menamatkan kontrak semasa dengan pasukan itu.

Itu bersamaan dengan RM57.4 juta dibayar kepada Maguire secara one off macam bantuan KWSP bersasar.

Maguire menjadi kapten utama Man United. Namun lebih kepada non playing captain.

Musim ini, Bruno Fernandes lebih banyak menjadi kapten kepada pasukan yang berpangkalan di Old Trafford itu.

Maguire sempat menaiki podium menjulang Piala Liga sebagai kapten bersama sama dengan Bruno Fernandes sebelum ini

Erik Ten Hag tidak meletakkan nama Maguire dalam perancangannya pada musim akan datang.

Ten Hag malah mahu mencari seorang lagi bek tengah baharu untuk menggantikan Varane pada jangka masa panjang.

Dengan musim ini Maguire sangat terhad aksi beliau. Pemain itu sudah tentunya sedar dia memang bukan pilihan kedua atau ketiga sekalipun.

Kerana Ten Hag meletakkan nama Luke Shaw sebagai pilihan ketiga untuk posisi bek tengah jika diperlukan,

Maguire buat masa ini tidak ada menunjukkan ciri ciri dia mahu keluar daripada Man United.

Di mana dia pernah diberikan jaminan oleh Southgate sebelum ini bahawa dia akan terus menjadi pemain utama England walaupun aksi terhad bersama Man United.

Mungkin itu membuatkan Maguire tidak terdesak untuk meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Memandangkan sebelum ini Maguire pernah memikirkan untuk keluar mencari minit permainan demi pasukan kebangsaan.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.