Fergie Time itu benar. Di mana Man United dan Brentford masing masing mencetak gol pada masa kecederaan dalam aksi awal pagi tadi.
Brentford melayan kunjungan Manchester United yang masih segar dengan kemenangan dalam piala FA ke atas musuh tradisi mereka Liverpool.
Namun di atas padang Man United berdepan dengan pasukan yang benar benar lebih baik pada malam tadi.
Secara statistik Brentford melakukan 31 percubaan ke arah gol. Namun mereka tidak tajam pada penyudah.
Man United bergelut berdepan dengan barisan serangan Brenftord yang diketuai Ivan Toney.
Namun pada masa kecederaan minit ke-90+6, Mason Mount mencetak gol yang sangat cantik. Gol itu membuatkan Man United benar benar percaya mereka baru sahaja mencetak gol kemenangan lewat perlawanan.
Malangnya, 3 minit selepas itu, Brentford mencetak gol penyamaan menerusi Kristoffer Ajer. Di mana pemain itu menerima bola cut back dalam kotak penalti dan dengan mudah menewaskan Andre Onana.
Pertahanan Man United sangat lemah dan tidak membuat kawalan yang lebih baik dalam situasi itu.
Keputusan seri ini membuatkan United mempersia siakan peluang untuk cuba merapatkan lagi jurang mata dengan Spurs. United kini kekal di tangga keenam dalam carta EPL dengan 48 mata. Sementara pasukan di tangga kelima Spurs berada 8 mata di atas mereka.
Tempat kelima mungkin akan diberilan tempat dalam UCL musim hadapan berdasarkan sistem kelayakan baharu.
Saksikan highlight perlawanan di sini: