Man United Tergamam Palmeiras Minta €70 Juta Untuk Pemain Ini

Manchester United ketika ini masih berusaha untuk menandatangani Matthijs De Ligt. Ini selepas Bayern Munich berkeras mahukan €50 juta harga tetap tidak termasuk bonus untuk pemain Belanda itu.

Rundingan masih berjalan dengan Bayern sedia menerima tawaran yang hampir dengan tanda harga mereka minta. Kerana De Ligt sendiri sudah setuju dengan syarat dan terma ditawarkan United kepadanya.

Sebelum ini juga kelab turut menarik brek untuk mendapatkan pemain Everton, Jarrad Branthwaite yang diletakkan harga sekitar €75 juta oleh Everton.

Di mana United menganggap permintaan harga oleh Everton agak kurang munasabah. Everton kemudian berunding dengan Branthwaite untuk kontrak baharu.

Dan kini United sekali lagi berdepan dengan permintaan harga dianggap tak masuk akal oleh kelab yang mahu menjual pemain.

Palmeiras dilaporkan meminta €70 juta sehingga €90 (selepas bonus) untuk pemain berusia 24 tahun mereka Richard Rios.

Ini selepas prestasi cemerlang pemain itu dalam Copa America yang lalu. Membantu negaranya mara ke final, dan tewas di tangan Argentina.

Di mana United percaya harga pemain itu sekitar €20 juta sahaja pada masa ini untuk pemain asal Colombia itu.

Peminat Man United tidak percaya dengan permintaan harga yang melampau diletakkan oleh Palmeiras tersebut. Malah ada yang menganggap pemain itu pada masa ini adalah bernilai €10 juta sahaja.

“€10 juta atau simpan sahaja barang kamu itu,” tegas seorang peminat.

Sementara peminat yang lain menyindir: “Lol, €75 juta untuk pemain yang orang tak kenal?”

Manchester United benar benar aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Sebelum ini mereka sudah memuktamadkan pembelia Joshua Zirkzee dan Lenny Yorro untuk memperkuatkan pasukan mereka.

United juga masih dalam proses mendapatkan Manuel Ugarte dari PSG. Yang turut bermain di posisi tengah. Rundingan mendapatkan Rios dianggap tidak akan mengganggu minat United ke atas Ugarte.

Erik Ten Hag benar benar puas hati dengan cara INEOS bekerja membantu beliau mendapatkan pemain yang sesuai untuk memperkuatkan pasukan mereka setelah kempen yang hambar dalam EPL musim lalu, yang menyebabkan Ten Hag hampir sahaja hilang jawatannya.

Mujur kejayaan Piala FA pada akhir musim membantu menyelamatkan karier Ten Hag. Dan pengurus itu kemudian diberikan kontrak baharu oleh kelab.