Man United Tolak Cadangan Juventus Mahu Dapatkan Sancho Secara Pinjaman Sahaja

Manchester United dilaporkan tidak melayan usaha Juventus yang mahu mendapatkan Jadon Sancho secara pinjaman. Memandangkan kelab itu memilih perpindahan tetap sahaja.

Sudah dinyatakan sebelum ini, pinjaman pemain hanya boleh berlaku jika United berdepan kekangan masa pada saat akhir jendela perpindahan dan cuma itu sahaja pilihan yang ada. Namun pinjaman itu harus ada klausa beli tetap.

Man United merestui kemahuan Erik Ten Hag yang mahu memastikan Sancho dijual pada Januari 2024 yang akan datang. Kerana pengurus itu sudah tak tahan lagi dengan Sancho yang terus tidak mahu meminta maaf kepadanya.

Jadon Sancho masih tidak bermain untuk Man United setelah dia bersengketa dengan Erik Ten Hag sebaik sahaja pemain itu membidas pengurusnya secara terbuka selepas kekalahan United di tangan Arsenal.

Juventus berminat dengan Jadon Sancho yang dianggap pemain berkualiti dan hanya memerlukan minit permainan yang banyak sekali lagi untuk meningkatkan semula keyakinannya.

Jadon Sancho juga berharap dia akan dapat kembali semula ke Borussia Dortmund. Dengan pemilik kelab serta lembaga pengarah Dortmund mengalu alukan kepulangan Sancho. Tetapi idea itu kurang disenangi pengurus Dortmund kerana merasakan pemain itu ada rekod disiplin yang kurang memuaskan.

Apa yang pasti Sancho benar benar terdesak mahu berpindah untuk cuba memintas pemain lain pada selekoh akhir bagi beraksi di kejohanan Euro 2024.

Sancho masih dibekukan Man United. Malah baru baru ini disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp pasukan kerana tidak mahu sikap toksiknya mempengaruhi pemain pemain lain.

Ketika ini Man United sedang dalam proses untuk bangkit daripada prestasi tak menentu pada awal musim. United mengutip mata paling banyak dari kalangan pasukan EPL dalam 5 perlawanan terakhir.

Namun mereka masih bergelut dalam pertandingan UCL.