Man Utd 0 Liverpool 5: Salah Hatrik, United Catat Kekalahan Terburuk Di Teater Impian

Klopp membuat kejutan apabila tidak menurunkan Fabinho dan Sadio Mane dalam kesebelasan utama dalam kunjungan mereka ke Old Trafford.

Man United menurunkan kesebelasan terbaik Ole Gunnar Solskjaer selepas Bruno Fernandes, Fred dan Rashford disahkan cergas untuk beraksi. Walaupun awalnya terdapat keraguan tentang status mereka.

Liverpool tidak menunggu lama. Ini apabila Naby Keita terus meletakkan Liverpool di hadapan pada minit kelima menerusi penyudah tenang daripada situasi 1 lawan 1.

Satu build dari bawah yang cantik dan kemudian Salah yang tak tamak terus melorongkan kepada Keita.

Gol itu adalah yang paling awal dicatatkan pelawat di Old Trafford ke atas Man United.

Liverpool hampir menambah satu lagi gol seminit kemudian. Malangnya rembatan Firmino terus ke De Gea.

Pada minit ke-10, Marcus Rashford melakukan percubaan dari luar petak penalti yang tersasar.

Seterusnya aksi antara kedua dua pasukan banyak berada di tengah. Man United kemudian lebih ofensif namun masih buntu pada 25 minit pertama.

Greenwood akhirnya melakukan percubaan tepat untuk Man United pada minit ke-28. Percubaan melencong cantik yang ditepis Alisson.

Pada minit ke-31, Rashford melakukan hantaran ke belakang yang hampir dihukum oleh Salah. Namun De Gea berjaya menutup ruang dengan baik menafikan percubaan Salah dari sudut sukar.

Hari United bertambah sukar apabila Mohamed Salah menambah gol ketiga Liverpool hasil umpanan Naby Keita. Mirip kepada gol Jota yang dibentuk daripada square pass.

Ketika United cuba mengurangkan defisit, mereka bolos lagi pada minit akhir separuh masa pertama. Kali ini Mohamed Salah mendapat ruang yang sangat besar di kanan dan tiada masalah untuk membidik sudut rendah menewaskan De Gea.

Pada separuh masa kedua, Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Paul Pogba untuk memperbaiki bahagian tengah.

Namun hanya 5 minit di atas padang, Pogba hilang bola dan mencetuskan gol kelima Liverpool serta hatrik Mohamed Salah.

Menjadikan beliau pemain Liverpool pertama hatrik menentang Man United di Old Trafford.

Beliau juga pemain pertama skor hatrik menentang Man United selepas Ronaldo Fenomeno pada 18 tahun lalu dalam aksi UCL.

Pada minit ke-60, Paul Pogba dibuang padang kerana kekasaran kad merah. Selepas menerjah Keita dengan stamping challenge. Awalnya pengadil memberikan kad kuning. Namun selepas dilihat pada monitor VAR, maka jelas ianya kad merah.

Pada minit ke-71, De Gea dipaksa melakukan save kelas dunia menafikan percubaan Trent Alexander Arnold.

United kemudian memutuskan untuk bertahan, mengurangkan kerosakan lebih teruk kepada mereka pada kedudukan 0-5 di belakang musuh tradisi.

Tamat perlawanan Liverpool meraikan kemenangan bersejarah 5-0 di Old Trafford yang akan dikenang di masa akan datang terutama sekali pemain seperti Mo Salah berada dalam senarai penjaring hatrik.

Pastinya ini akan memberikan tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer yang memang berada di dalam tekanan. Man United terus mencatatkan rekod kurang meyakinkan dalam liga dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Kekalahan besar di tangah musuh paling dibenci bukan perkara yang mudah ditelan.

Baca yang lain