Man Utd Sertai Perikatan Menentang Pembatalan Liga

Menurut laporan oleh Mirror, Manchester United bersedia untuk mengundi menentang idea pembatalan musim Liga Perdana walaupun terpaksa melihat pasukan musuh utamanya, Liverpool menjadi juara.

Liverpool kini 25 mata mendahului pasukan lain di atas carta Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.

Dengan Liga Perdana Inggeris yang kini ditunda dengan sembilan perlawanan lagi tinggal, Liga Perdana akan untuk perbincangan pada hari Khamis mengenai apa yang akan berlaku selepas ini.

Salah satu perkara yang dibincangkan adalah untuk menyambung semula Liga Perdana Inggeris selepas virus COVID-19 reda.

Menurut Mirror, Manchester United akan memilih untuk pembatalan musim ini. Mereka mahukan musim ini hanya digantung sahaja.

Ini kerana Manchester United masih berada di tangga kelima ketika ini. Mereka mahu berjuang untuk mengesahkan tempat mereka di dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Mereka gagal layak ke Liga Juara Juara Eropah pada musim ini. Dan jika mereka gagal layak sekali lagi pada musim akan datang, bermakna tajaan kit Adidas semasa mereka dikurangkan secara dramatik sebanyak 30 peratus.

Klausa Adidas yang boleh menyebabkan Man Utd hilang berjuta-juta pound sterling pada musim panas ini.

Selain itu, mereka juga akan terkena impak dari segi kontrak pemain. Di mana beberapa pemain dilaporkan bakal terkesan dengan klausa khas di mana gaji mereka akan dikurangkan jika gagal membantu pasukan layak ke UCL.

Man Utd menandatangani perjanjian selama 10 tahun dengan gergasi pegeluar barangan sukan dari Jerman pada tahun 2015.

Baru baru ini muncul komen oleh naib pengerusi West Ham United, Karren Brady, yang percaya musim Liga Perdana harus dibatalkan.

Ramai yang melihat komen Karren Brady ini sebagai usaha menyelamatkan pasukannya, West Ham yang kini berada di tangga ke-16.

West Ham terikat mata dengan Bournemouth yang berada di tempat ke-18 yang duduk di zon penyingkiran.

Malah ada yang menuduh Brady risau pasukannya akan tersingkir jika liga diteruskan lagi.

Ia  bukannya sesuatu yang mengejutkan setiap pihak akan mengundi untuk kepentingan mereka sendiri.

Sebelum ini Telegraph melaporkan bahawa EPL mungkin akan menamatkan liga lebih awal dengan tiada penyingkiran.

Manakala musim hadapan akan ditambah 2 pasukan lagi, menjadikannya sebanyak 22 pasukan bersaing pada musim akan datang.

Telegraph juga melaporkan, jika perkara ini berlaku, bermakna Liverpool akan disahkan sebagai juara.

Namun EPL masih pening untuk menentukan pasukan yang akan ke UCL dan UEL pada musim hadapan.

Hal ini kerana persaingan untuk ke tempat Eropah pada ketika liga digantung adalah sangat sengit.