Baru-baru ini, Sevilla memenangi trofi UEFA Europa League setelah menewaskan Internazionale 3-2 di Cologne hasil jaringan sendiri bekas penyerang Manchester United, Romelu Lukaku pada minit ke-74.
Your 2020 UEFA Europa League champions! ๐๐๐
Bravo, Sevilla ๐๐๐@SevillaFC | #UELfinal pic.twitter.com/XGMc3TMM8c
โ UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 21, 2020
Ini merupakan kejuaraan Europa / Piala UEFA keenam mereka dalam sejarah pertandingan kelas kedua kelab eropah itu.
Ketua pasukan, Jesus Navas ketika ditemubual selepas perlawanan menyatakan bahawa kemenangan ini ditujukan khas buat dua bekas rakan sepasukannya, Jose Antonio Reyes dan Antonio Puerta.
Jesus Navas in tears tonight winning the Europa League for Sevilla. He previously won the trophy with old teammates Antonio Puerta and Jose Antonio Reyes, who have since passed away.
The club also paid tribute to the pair on their shirts โค๏ธ pic.twitter.com/mXC3aKxMSj
โ ESPN FC (@ESPNFC) August 21, 2020
Reyes meninggal dunia dalam kemalangan kereta tahun lepas manakala Puerta pada 2007 apabila mengalami cardiac arrest ketika perlawanan La Liga.
Mari bersama penulis kita kenali dengan lebih dekat mendiang Antonio Puerta, sahabat baik Navas sejak dari zaman persabunan mereka lagi.
Reyes dan Navas membangun bersama sama. Navas mengakui Reyes juga ibarat abangnya, dan seringkali menjaganya serta membantunya dalam keadaan memerlukan.
When Jesus Navas made his debut for the Sevilla first team as a 17-year-old Josรฉ Antonio Reyes, another youth player who he always looked up to and basically grew up with, was there to take care of him. pic.twitter.com/quwhrXYEGk
โ Alexandra Jonson (@AlexandraJonson) August 21, 2020
Zaman Persabunan
Dilahirkan di Andalusia, Puerta merupakan anak jati Seville. Beliau memasuki akademi Sevilla pada umur 9 tahun dan berkhidmat selama 14 tahun di kelab kesayangannya. Antara rakan sepasukan beliau sejak dari akademi ialah Reyes, Navas dan juga Sergio Ramos.
Melakukan debut ketika menentang musuh setempat, Malaga pada Mac 2004. Beliau masuk sebagai pemain gantian pada lewat perlawanan yang menyaksikan Sevilla tewas 1-0 di tempat sendiri.
Memecah Masuk Skuad Utama
Beliau akhirnya dinaikkan pangkat ke skuad utama Sevilla pada musim 2005/2006. Puerta yang bermain di posisi sayap kiri dikenali dengan larian pantas serta kelicikannya menewaskan pertahanan lawan. Beliau juga boleh bermain di posisi bek kiri menyerang jika diperlukan.
Merupakan tunjang utama kejayaan ketika golden era skuad Andalusia itu, Puerta diingati setelah menjaringkan gol kemenangan pada separuh akhir Piala UEFA ketika menentang Schalke 04.
๐ช๐ #Throwback 27/04/2006:
๐ Antonio Puerta in #UEL 1/2-Finale vs. #Schalke. โฝ@SevillaFC | @SevillaFC_ENG | @SevillaFC_FRA pic.twitter.com/uwhHKyjrMA
โ UEFA.com DE (@UEFAcom_de) August 16, 2020
Jaringan voli kaki kiri Puerta pada minit ke-100 itu memulakan โhujan trofiโ Sevilla. Mudah menewaskan Middlesbrough 4-0 pada perlawanan akhir.
Sevilla menambah 4 lagi trofi. 5 trofi dalam masa 15 bulan! Antara yang terdapat dalam koleksi mereka pada ketika itu adalah 2 trofi Piala UEFA, 1 Copa del Rey, 1 Piala Super Eropah dan 1 Piala Super Sepanyol.
Pergi Tak Kembali
Puerta menemui penciptanya pada 28 Ogos 2007 setelah bertarung nyawa selama 3 hari di hospital akibat cardiac arrest yang berpanjangan.
Beliau rebah ketika perlawanan pembukaan La Liga menentang Getafe pada 25 Ogos 2007. Rakan sepasukannya mendapati sesuatu tidak kena dan memanggil fisio pasukan untuk membantu beliau.
Puerta akhirnya bangun dan dibawa ke bilik persalinan. Namun beliau kembali rebah dan terus dibawa menaiki ambulan dan dikejarkan ke hospital.
Tuhan lebih menyayangi beliau apabila kali ini, beliau gagal bangkit. Seluruh Sepanyol berkabung akan pemergian beliau. Ramai peminat hadir ke majlis pengkebumiam beliau untuk memberi penghormatan terakhir.
Jesรบs Navas: Aged 20, assisted the goal of Antonio Puerta which sent Sevilla to their 1st ever UEL final. Today, at 34, he assisted the goal to send Sevilla to their 6th UEL final.
รver Banega: Playing his final games with Sevilla before joining Al-Shabab after the season.
โค๏ธ pic.twitter.com/NPT9WtR09e
โ Kevoni (@Kevoni_) August 16, 2020
Pasukan yang bermain di La Liga turut menunjukkan rasa hormat dengan bertafakur seminit sebelum perlawanan bermula serta memakai armbandย dan memakai jersi Sevilla.
Cubaan Pencenkan Nombor 16
Sevilla cuba untuk pencenkan nombor 16 yang dipakai Puerta, hanya akan digunakan semula jika anaknya mewakili kelab kelak.
Namun permohonan tersebut ditolak FA Sepanyol apabila syarat menyatakan bahawa kelab perlu mendaftarkan pemain dengan nombor 1 hingga 25 sahaja.
Sevilla akur dengan keputusan tersebut dan hanya memberikan nombor tersebut kepada sahabat rapat beliau atau produk akademi Sevilla.
Penghargaan Kepada Puerta
Gone but not forgotten. Trofi Antonio Puerta diwujudkan buat kali pertama bagi mengingati beliau. Perlawanan menentang Malaga itu berakhir dengan kemenangan 2-0 kepada Sevilla. Teman wanita dan anak Puerta turut hadir dalam perlawanan tersebut.
Pada 2010, satu tugu dibina oleh pihak pengurusan bagi mengenang legasi beliau di pusat latihan. Akademi bola sepak turut dibina agar lebih ramai Sevilista yang akan dilahirkan, seperti Antonio Puerta.
Kepulangan semula Navas
Ketika berusia 20 tahun, Jesus Navas memenangi Europa League (dulunya Uefa Cup). Setahun kemudian beliau memenangi UEL kedua โ hanya beberapa bulan selepas beliau menitiskan air mata menjinjing keranda rakan baiknya Antonio Puerta.
Pada 2017, Jesus Navas kembali semula ke Sevilla. Dan beliau dilantik menjadi kapten pasukan. Navas memakai nombor jersi yang pernah dipakai oleh Puerta.
Dan pada musim 2018/19, Navas dilantik menjadi kapten pasukan yang dia sokong sejak kecil. Ianya impian menjadi kenyataan.
Namun pada musim 2019/20, Navas telah meminta untuk memakai lilitan kapten dengan tertulis nama Reyes padanya. Ianya selepas Reyes meninggal dunia pada musim panas kerana kecelakaan jalanraya.
Jadi, Navas memakai nombor jersi Puerta dan pada masa sama memakai lilitan kapten yang pernah dipakai oleh Reyes, serta tertulis nama mendiang sahabatnya itu.
2006: Jesรบs Navas wins the Europa League aged 18 with Sevilla, his hometown club.
2020: Jesรบs Navas wins the Europa League with Sevilla aged 34 and lifts the trophy as club captain.
He's won the Europa League three times ๐๐๐pic.twitter.com/0roVQz5QKv
โ BT Sport (@btsport) August 21, 2020
Sebelum Navas menjulang UEL semalam, Jose Antonio Reyes merupakan kapten terakhir Sevilla menjulang trofi tersebut.