Manchester City Berada Dalam Keadaan Terbaik Menjelang Disember

Manchester City meraih 3 mata selepas menewaskan Fulham 2-0 hasil jaringan dari Raheem Sterling dan penalti Kevin De Bruyne.

Kedua-dua jaringan tersebut berlaku pada 26 minit awal permainan dan sudah cukup untuk melonjakkan pasukan itu ke tempat ke-5 dengan 18 mata dari 10 perlawanan.

Sebelum itu Pep Guardiola meraih perlawanan ke-700 sebagai pengurus. Pengurus ini menegaskan ia baharu separuh dari karienya.

“700 perlawanan. Saya akan lakukan 700 lagi dan selepas itu saya akan bersara.

“Dalam kehidupan apabila anda bermula melakukan sesuatu anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

“Saya tidak pernah menjangkakannya. Bagus untuk memiliki 700 perlawanan dengan sedikit kekalahan.”

STERLING KEMBALI

Pada perlawanan semalam, Sterling menjaringkan gol pertamanya sejak 7 perlawanan lepas.

Pemain ini tidak menjaringkan sebarang gol selama hampir 2 bulan dan sering diketepikan oleh Guardiola pada beberapa perlawanan lepas.

Sterling dilihat begitu bergelut untuk membuktikan kemampuan diri selepas terlalu lama kemarau jaringan.

Dia mempunyai peluang membuka jaringan seawal 3 minit perlawanan selepas melakukan percubaan jarak dekat hasil hantaran Riyad Mahrez.

Kurang 2 minit selepas itu Sterling sekali mendapat peluang apabila De Bruyne berjaya merampas bola dari pemain lawan dan membuat hantaran tipikalnya kepada Sterling.

Sterling tidak melepaskan peluang tersebut dengan melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol Fulham Alphose Areola.

Ia merupakan jaringan pertamanya sejak 7 perlawanan lepas.

Sterling kemudiannya mencipta jaringan ke-2 apabila dia dijatuhkan oleh Joachim Andersen di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan menghadiah sepakan penalti dan De Bruyne mudah menyempurnakannya.

De Bruyne sebelum gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Liverpool melakukan sepakan ke sebelah kiri, Areola melayangkan badan di sebelah kanan.

JOHN STONE JUGA KEMBALI

John Stones pula sedang mendapat kepercayaan dari Guardiola untuk bergandingan dengan Ruben Dias di pertahanan tengah berbanding Aymeric Laporte.

Namun kesilapannya bersama Ederson hampir memberi nafas kepada Fulham tetapi mereka gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Manchester City hanya menjaringkan 10 pada 8 perlawanan pertama liga musim ini meningkat dengan mendadak pada hujung minggu lepas.

Mereka membelasah Burnley 5-0 dan kali ini menambah 2 lagi gol untuk menjadikan 7 gol dalam 2 perlawanan.

Manchester City mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi De Bruyne tidak terlalu klinikal apabila percubaannya dari dalam kotak penalti hanya singgah di palang gol.

Namun kemenangan 2-0 itu sudah cukup untuk Manchester City dan mereka telah mencatat 4 clean sheet dalam 4 perlawanan terakhirnya.

Sementara itu Fulham terus kekal berada di zon penyingkiran menghuni tangga ke-17.

UCL: Olympiakos lwn Man City 0-1
EPL: Man City lwn Burnley 5-0
UCL: Porto lwn Man City 0-0
EPL: Man City lwn Fulham 2-0

SENANG CERITA MAN CITY KEMBALI

Selepas permulaan sukar akibat kecederaan pemain, pandemik coronavirus dan pra musim singkat Manchester City kembali ke dalam persaingan merebut kejuaraan.

Selepas menewaskan Fulham, Manchester City kini hanya ketinggalan 3 mata dengan Tottenham dan Liverpool.

Gabriel Jesus dan Sergio Aguero telah keluar dari senarai cedera dan turun membantu pasukan.

Pada masa yang sama Guardiola berharap barisan pertahanannya terus mengekalkan prestasi semasa.

“Musim ini melihat banyak pasukan bersaing. Sesiapa sahaja boleh mengalahkan sesiapa.

“Penting untuk layak (pusingan kalah mati) liga juara pada bulan ini, sekarang kami fokus kepada liga perdana.

“Kami bergelut pada awal musim kerana banyak sebab. Sekarang 4 perlawanan tanpa bolos. Sangat penting bagi kami untuk mengekalkannya.

“Ia penting untuk menang, pertahananan tidak melakukan kesilapan dan bolos.”

Manchester City sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar jika mereka memanfaat semua peluang dimilikinya.

Pertahanan tengah yang sedang mendapat kepercayaan Guardiola menegaskan penting untuk pertahanan meneruskan prestasi baik di bahagian bawah.

Dia juga merasakan pasukannya mampu menjaringkan lebih banyak gol dalam semua perlawanan yang dihadapi pasukannya.

“Kami perlu meneruskan catatan sebegini dan kekalkan clean sheet. kata Stones

“Saya rasa setiap perlawanan kami hadapi kami sentiasa menjaringkan gol yang banyak.

“Saya yakin penyerang agak kecewa tetapi ia sudah baik kerana meraih 3 mata.”

PELUANG MAN CITY MEREHATKAN PEMAIN UTAMA

Manchester City telah layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara seawal perlawanan ke-4 peringkat kumpulan.

Pasukan ini dijangka akan terus merehatkan beberapa pemain utamanya pada perlawanan terakhir kumpulan pada Rabu depan.

Manchester City akan menerima kunjungan Marseille dan selepas itu jadual padat Liga Perdana akan bermula.

  • 09.12: Man City lwn Marseille (Liga Juara)
  • 12.12: Man United lwn Man City
  • 15.12: Man City lwn West Brom
  • 19.12: Southampton lwn Man City
  • 22.12: Arsenal lwn Man City (Piala Liga)
  • 26.12: Man City lwn Newcastle
  • 28.12: Everton lwn Man City