Manchester City ‘Comeback’ Bergaya Atasi Man United

Manchester City bangkit daripada ketinggalan awal untuk menang 3-1 ke atas musuh sebandar mereka Manchester United.

Skuad Pep Guardiola sedar bahawa mereka wajib menang aksi derbi ini.

Bintang dan bakat tempatan Manchester sendiri iaitu Phil Foden menjadi nadi penting Man City dalam perlawanan ini.

United juga memiliki nama Rashford sebagai bintang tempatan yang meletakkan Manchester Merah di hadapan.

Manchester United terlebih dahulu di hadapan menerusi gol cantik oleh Marcus Rashford pada minit ke-8 perlawanan.

Kemudian Man City mendominasi perlawanan dengan penguasaan sangat tinggi dan percubaan yang sangat banyak sepanjang separuh masa pertama.

Haaland terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan daripada situasi gawang terbuka.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-1 memiha k pelawat.

Seperti yang dijangka, Man City akhirnya menyamakan kedudukan setelah United beberapa kali membenarkan lawan mereka mendominasi ruang di sepertiga pertahanan mereka.

Foden menyamakan kedudukan menerusi satu binaan gol yang sangat mudah. Dia memotong masuk dan menewaskan Onana dengan rembatan mendatar yang cantik.

Foden menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-80 yang meletakkan City benar benar di kedudukan terbaik untuk memenangi perlawanan.

Di mana pemain pemain United memberikan ruang kepada Foden untuk menerima dan melarikan bola dan terus merembat masuk.

Gol ketiga Haaland sebelum tamat perlawanan mengesahkan 3 mata milik City yang terus mengekori rapat Liverpool.

City kini hanya 1 mata di belakang Liverpool. Di mana seterusnya mereka akan berkunjung ke Anfield untuk aksi EPL.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi