Manchester City akhirnya tamatkan badi mereka dalam Perisai Komuniti setelah 3 kekalahan sebelum ini dalam pentas yang sama.
2024 Community Shield winners 🩵#ManCity pic.twitter.com/fFJ9qVPSNZ
— Manchester City (@ManCity) August 10, 2024
Manchester United berhadapan dengan Manchester City dalam Perisai Komuniti 2024 di Wembley. Kedua dua pasukan sebelum ini berentap dalam final Piala FA beberapa bulan lalu, dengan keputusan memihak kepada skuad bimbingan Erik Ten Hag.
Manchester United dan Manchester City agak bergelut pada separuh masa pertama. Di mana kedua dua pasukan gagal menghadirkan sebarang percubaan tepat.
Pada separuh masa kedua, aksi lebih rancak, dengan dua pemain gantian mencetak gol.
Pertamanya menerusi Alejandro Garnacho pada minit ke-82, setelah dia mendapat peluang melakukan cut back dan membidik bola tepat menewaskan Ederson.
Tetapi sebelum wisel penamat, Bernardo Silva menyamakan kedudukan menerusi free header. Sebelum gol itu Silva dilayangkan kad kuning kerana membentes Garnacho.
Perlawanan terus ke penentuan penalti setelah terikat 1-1. Kerana format Perisai Komumiti yang tiada masa ekstra 30 minit.
Dalam penentuan penalti, Man United berpeluang untuk menang bersih, setelah Bernardo Silva melakukan penalti yang diselamatkan oleh Onana.
Namun begitu Jadon Sancho gagal menyempurnakan penaltinya. Penentuan penalti ke sudden death. Jonny Evans pula gagal dalam tugasannya. Dan Akanji menjadi wira Man City untuk kemenangan ke atas jiran mereka itu.
Ini adalah kejayaan pertama Man City dalam Perisai Komuniti setelah 3 kekalahan berturut turut sebelum ini.
https://x.com/Squawka/status/1822305556645679460
Skuad Pep Guardiola akan sekali lagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris milik mereka apabila musim bermula tidak lama lagi.
Sementara Man United masih aktif memburu pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan mereka.