Premier League dilaporkan berdepan dengan masalah besar selepas peraturan APT mereka telah disahkan terbatal. Dan kelab seperti Manchester City kini berhak untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Premier League kerana sekatan dikenakan ke atas mereka sebelum ini.
Apa itu peraturan APT? Ianya bukan lagu APT Rose dan Bruno Mars tu ok, ini peraturan melibatkan transaksi pihak bersekutu dengan pemilik kelab.
Peraturan APT ini wujud untuk mengekang tajaan beberapa syarikat yang bersekutu atau ada kaitan dengan pemilik kelab, sebaik sahaja Newcastle United memterai pemilikan baharu dengan kerajaan Saudi.
Peraturan ini juga telah menyiasat beberapa tajaan Manchester City yang dianggap melanggar peraturan. Dua tajaan besar daripada Etihad Airways dan juga Abu Dhabi Bank telah disekat oleh Premier League kerana peraturan APT.
Hal ini kerana syarikat tersebut dianggap ada kepentingan dengan pemilik kelab. Dan pada September tahun lalu, Man City mengeluarkan kenyataan membantah peraturan tersebut.
City menganggap kelab mereka telah dilayan dengan teruk dan ditindas oleh peraturan APT. City menggariskan kelab kelab besar lain di EPL boleh meminjam wang daripada pemilik saham kelab tanpa sebarang faedah dikenakan.
Man City kemudian menuduh Premier League telah mengubah beberapa peraturan kerana tidak berpuas hati dengan Manchester City.
CEO Premier League mempertahankan peraturan APT dengan mendedahkan bahawa pihak tribunal sendiri yang menyokong peraturan APT.,
Tetapi peguam Manchester City, Simon Cliff menyatakan bahawa perubahan peraturan itu seharusnya menyeluruh bukannya ke arah sesuatu pihak sahaja secara spesifik.
🚨BREAKING
✖️HUGE blow for Premier League as panel declares APT rules entirely void
🔵Vindication for Manchester City
💰Clubs who saw deals blocked could now sue
🔵City to seek costs
🔬Same panel will judge new rules
✒️https://t.co/a4bSDkTyfo— Mike Keegan (@MikeKeegan_DM) February 14, 2025
Manchester City jugga mendakwan bahawa Premier League telah memomokkan rakan kongsinya bahawa kemudaratan yang dicetuskan oleh Manchester City. Dan kelab itu mengancam mengambil tindakan perundangan.
Kesannya, pada November, undian dibuat melibatkan 20 pasukan EPL dan 16-4 mengundi APT.
Daily Mail melaporkan bahawa mahkamah telah memutuskan bahawa peraturan APT adalah tidak sah dan harus dimansuhkan.
Dan kini Manchester City akan menilai tuntutan yang mereka mahu buat ke atas EPL kerana telah menindas mereka dengan peraturan dianggap berat sebbelah itu.
Manchester City mendakwa, salah satu sebab masalah krisis prestasi mereka dari sudut kesukanan pada musim ini adalah kesan daripada peraturan APT.
Namun kes APT ini tiada kaitan dengan 115 pertuduhan untuk salah laku kewangan yang sedang dalam proses. Walaupun kes itu sudah dibicarakan di mahkamah namun keputusan penghakiman masih belum diputuskan.