Manchester City Sedia Jual Laporte Dengan Harga £60 Juta

Aymeric Laporte sebelum ini sudah memberitahu Manchester City bahawa beliau mahu meninggalkan kelab itu. Selepas Laporte tidak mendapat jaminan bahawa beliau akan menjadi pemain utama dalam pasukan.

Gandingan cemerlang Ruben Dias dan John Stones musim lalu, ketika Laporte sedang dalam pemulihan, membuatkan Guardiola sudah menetapkan gandingan utama CB mereka.

Laporte dikatakan mahu pulang semula ke Sepanyol dan meminta City mendengar mana mana tawaran untuk beliau.

Laporte mahu bermain dengan kerap untuk membolehkan tempatnya dalam pasukan kebangsaan Sepanyol. Laporte mahu beraksi dalam Piala Dunia pada tahun hadapan.

Laporte sebelum ini memutuskan untuk mewakili Sepanyol dalam Euro lalu selepas kecewa tidak dipanggil oleh Perancis.

Laporte malah beberapa kali diturunkan di posisi bek kiri ketika Dias dan Stones digandingkan di tengah.

Pep Guardiola sebelum ini secara terbuka menyatakan ada 3 pemain Manchester City sudah memberitahu bahawa mereka mahu keluar.

Yang paling terang disebut Guardiola ialah Gabriel Jesus. Dua lagi pemain dipercayai Bernardo Silva dan Aymeric Laporte.

Dengan jendela perpindahan kurang dua minggu daripada tarikh akhir, Manchester City sedia mendengar tawaran untuk Laporte dengan harga £60 juta.

Laporte bermain untuk City sudah lebih 3 musim bersama dengan Man City. Antara kelab yang berminat dengan Laporte adalah Juventus dan Real Madrid.

Namun Real Madrid pada masa yang sama dalam fasa mereka mengawal perbelanjaan mereka musim ini untuk mengurangkan beban hutang kelab.

Manchester City berharap mereka akan dapat pembeli untuk Laporte dalam usaha mereka terus cuba membeli Harry Kane dengan nilai £150 juta dari Spurs.

City menanggap nilai itu sebagai sangat munasabah untuk Laporte.

City masih ada pemain lain sebagai back up untuk posisi bek tengah seperti Nathan Ake.

Laporte merupakan pemain bek tengah ball playing yang sangat bagus.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan