Manchester City Tuduh Ronaldo Kecek Menipu

Manchester City menyanggah kenyataan pemenang Ballon d’Or 5 kali Cristiano Ronaldo.

Di mana kapten Portugal itu mendedahkan bahawa dia hampir hampir menyertai Manchester City.

Ronaldo mendedahkan perkara itu dalam wawancara kontroversi bersama Piers Morgan. Di mana menurut Ronaldo, Manchester City sudah menawarkannya kontrak.

Ronaldo dikaitkan dengan beberapa pasukan ketika dia sah meninggalkan Juventus. Antara kelab yang hangat dikaitkan dengan legenda Old Trafford itu adalah Manchester City.

Selepas mendengarn bahawa City mahu mendapatkan Ronaldo, pihak pengurusan Ole Gunnar Solskjaer bertindak pantas cuba menghalang perkara itu.

Akhirnya dia mengikut kata hatinya dan memilih Manchester United. Ini ditambah dengan saranan Sir Alex Ferguson agar pemain itu jangan sesekali ke kelab jiran sebelah mereka itu.

Ronaldo berkata: “Well, jujurnya, perpindahan ke City sangat hampir direalisasikan.”

Ronaldo menyatakan bahawa dia menarik diri daripada rundingan tersebut. Kerana dia mahu ke Manchester United untuk beraksi di sana sekali lagi.

Ronaldo mengakui campur tangan Sir Alex Ferguson menghalangnya daripada menyertai City. Selain itu dia juga mempertimbangkan sejarah kariernya bersama dengan Manchester United.

“Saya fikir ia [campur tangan Sir Alex Ferguson] adalah kunci, ia adalah perbezaan pada masa itu, tetapi saya tidak boleh setia jika saya mahu, saya tidak akan mengatakan bahawa Manchester City tidak ‘hampir’,” kata Ronaldo.

“Saya bercakap dengan [Ferguson]. Dia berkata kepada saya bahawa, ‘Mustahil untuk kamu datang ke Manchester City,’ dan saya berkata, ‘OK, bos.'”

“Sejujurnya, ia [menyertai City] sudah sangat hampir [pada masa tu]… Ia adalah sesuatu yang mereka banyak bercakap [mengenai] dan [Pengurus City, Pep] Guardiola berkata dua minggu sebelumnya, saya rasa, bahawa mereka berusaha keras untuk mendapatkan saya.”

Selepas menandatangani kontrak dengan Manchester United, Ronaldo kemudian menujukan berita baik itu kepada mentornya, Sir Alex Ferguson.

Namun Manchester City menafikan bahawa mereka mahu mendapatkan Ronaldo.

Manchester City terkejut dengan pengklaiman Ronaldo itu. City malah menyatakan bahawa kelab itu yang menarik diri daripada sebarang rundingan dengan ejen Ronaldo. Bukannya Ronaldo yang menarik diri seperti yang didakwa pemain itu.

 

Baca yang lain