Manchester United Atau Arsenal Destinasi Terbaik Grealish?

Pada awal musim ini Jack Grealish telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Villa Park namun beliau kekal bersama Aston Villa, kelab yang terselamat dari pertarungan relegasi ke Championship.

Selepas menampilkan aksi menakjubkan pada musim ini dia terus dikaitkan dengan Manchester United, malahan namanya juga kuat dikaitkan dengan Arsenal. Jika prestasi Grealish kekal konsisten namanya tidak hanya akan dikaitkan dengan hanya 2 kelab tersebut malahan mungkin lebih banyak lagi.

Sejak 7 perlawanan liga pemain ini telah merakam 4 gol dan 5 bantuan. Aksi terbaiknya muncul ketika Aston Villa membelasah Liverpool 7-2. Grealish menyumbang 2 gol dan 3 bantuan dalam perlawanan tersebut.

Prestasi luarbiasa Grealish tidak hanya dilihat boleh menyelesaikan masalah di kelab seperti Manchester United dan Arsenal. Dia juga sedang dilihat bakal mengatasi masalah skuad England yang dikatakan mempunyai isu kreativiti dalam permainan.

Manchester United atau Arsenal paling sesuai untuknya?

Secara umumnya Manchester United dilihat membuat keputusan yang tidak sesuai dengan keperluan apabila membeli Donny Van de Beek. Sehingga hari ini perancangan guna pakai pemain ini masih belum jelas.

Apa yang pasti Van De Beek tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama jika Bruno Fernandes bermula. Pada perlawanan ke-3 Liga Juara Eropah, ia merupakan perlawanan pertama melihat gandingan Bruno dan Donny diturunkan serentak. Perlawanan itu berkahir dengan kekalahan memalukan di tangan Istanbul Basaksehir (1-2).

Beberapa pemerhati seperti Patrick Evra dan Gary Neville melihat Manchester United sebenarnya perlu membeli penyerang sayap (kanan) berkelas dunia bukannya seorang pemain tengah. Grealish adalah jawapan terbaiknya walaupun pemain ini dijangka akan bermain di sayap kiri sepanjang musim di Villa Park.

Van de Beek hanya mampu menampung pemergian Paul Pogba apabila pemain ini tamat kontrak pada penghujung musim ini dan Manchester United perlu terus memburu Grealish.

Arsenal juga mempunyai isu dengan penyerang sayap dan mereka menandatangani Willian. Pada permulaan pemain ini dilihat mampu memandu pasukan ke arah lebih positif apabila merekod 3 bantuan dalam perlawanan pertama. Namun aksinya selepas itu agak statik.

Hanya Aubameyang sedikit konsisten berbanding Lacazette dan Willian. Arsenal mengalami keputusan buruk apabila kalah 4 kali dari 5 perlawanan terakhir. Mereka hanya menjaringkan 3 gol dalam tempoh tersebut.

Isu kreativiti menjadi masalah utama ketika mereka bertegas tidak mahu menyenaraikan Mezut Ozil ke dalam skuad. Willian-Aubameyang-Lacazette hanya menghasilkan 2 bantuan dan 1 gol dalam 5 perlawanan tersebut.

Pemain kelahiran Birmingham ini pernah menyatakan Stadium Emirates merupakan stadium paling digemarinya. Mikel Arteta juga pernah mengatakan Grealish merupakan pemain terbaik yang mempunyai bakat hebat.

Nampaknya Ole Gunnar Solksjaer dan Mikel Arteta perlu memantau perkembangan Grealish dan mereka pasti akan berebut pemain ini jika mereka masih kekal di hujung musim.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil