Presiden UEFA, Alexander Ceferin mengesahkan bahawa peraturan sedia ada melarang 2 kelab di bawah satu pemilikan untuk beraksi dalam satu pentas yang sama.
Perturan itu sudah lama dikuatkuasakan dan UEFA tidak akan berganjak daripada pendirian mereka.
Jika Man United jika mereka mengesahkan pemilikan saham 25% Sir Jim Ratclife yang merupakan pemilik Nice menerusi firma INEOS, maka mereka akan terikat dengan peraturan ini.
Situasi ini akan berlaku apabila kedua dua pasukan layak ke UCL, salah satu daripadanya harus disingkirkan. Kedua dua pasukan hanya boleh beraksi di eropah jika mereka salah satu pasukan layak ke UCL dan satu lagi ke Liga Persidangan Eropah.
Jika kedua duanya menamatkan saingan di kedudukan UCL dalam liga maka pasukan yang di kedudukan lebih baik akan dipilih untuk beraksi di UCL. Peminat Man United jelas tak berpuas hati dengan kenyataan itu.
So if United qualify for the Champions League in 4th but Nice qualify in 3rd, 2nd or 1st in their league we have to play in the Europa? What a ridiculous way to lose 50 million that would be
— Mark Goldbridge (@markgoldbridge) November 23, 2023
Ini kerana sebelum ini RB Leipzig dan RB Salzburg masing masing bermain di UCL pada musim yang sama.
Lantas mereka mempersoalkan, kenapa Man United perlu terikat dengan peraturan yang sebegitu?
Sebagai tambahan, ketika ini Nice berada di kedudukan kedua Ligue 1. Dan Man United masih berada di luar 4 teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris.v