Manchester United mengesahkan pemilikan saham 25% oleh Sir Jim Ratcliffe. Ini bermakna INEOS – milik Sir Jim Ratcliffe – menjadikan United sebagai kelab dengan pemilikan bersama oleh syarikat itu bersama dengan Nice.
Pemilikan ini juga akan memberikan kesan kepada United dan Nice dari segi kelayakan ke UCL. Di mana United berpotensi dilarang bermain di UCL jika kedua dua kelab layak ke UCL bersama sama.
UCL musim hadapan akan ditambah lagi pasukan. Dengan 4 kelab EPL layak secara automatik dan satu daripada pusingan kelayakan.
Dalam peraturan “multi-club ownership” oleh UEFA, peraturan menyatakan bahawa kedua dua kelab United dan Nice hanya boleh bermain dalam UCL bersama sama, jika salah satu kelab itu layak secara automatik ke UCL dan satu lagi layak menerusi Liga Persidangan Eropah.
Namun jika kedua duanya layak menerusi slot kelayakan daripada liga, pasukan yang berada di kedudukan tertinngi dalam liga akan layak bermain secara automatik dan satu lagi akan dilarang bermain. Dan ditolak ke Europa League.
Pada kedudukan semasa, Nice berada di kedudukan lebih baik. Mereka di tempat kedua di belakang PSG dan dalam landasan terbaik untuk layak ke UCL musim hadapan.
So if United qualify for the Champions League in 4th but Nice qualify in 3rd, 2nd or 1st in their league we have to play in the Europa? What a ridiculous way to lose 50 million that would be
— Mark Goldbridge (@markgoldbridge) November 23, 2023
Tetapi sebenarnya, perkara ini mungkin tidak akan menjadi masalah buat United jika Sir Jim Ratcliffe benar benar menjual Nice dalam masa terdekat. Kerana The Athletic melaporkan INEOS sedia menjual kelab Ligue 1 itu dengan nilai €80 juta.
Namun begitu, INEOS juga masih melihat sama ada mereka masih boleh menaikkan lagi pegangan saham mereka di United pada masa akan datang.
https://t.co/pv5OyLKjFo
United takeover twist! Ratcliffe in, but Champions League in doubt?! Here's why:Ratcliffe owns Nice too, and UEFA rules forbid multi-club ownership in Europe.
Top 4 for United could mean NO Europe if Nice finish higher in Ligue 1.
Ratcliffe might sell…— e360hubs football (@e360hub2) December 24, 2023