Manchester United Buka Langkah Agresif, Yakin Dapatkan De Jong Minggu Depan

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Manchester United masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Frenkie De Jong.

Barcelona pada masa yang sama benar benar berharap perjanjian itu dapat dimeterai. Jika mereka berjaya menjual Frenkie De Jong, Barcelona akan mendapat suntikan dana yang sangat besar.

Mereka boleh mendaftarkan Jules Kounde dan pada masa yang sama boleh berkira kira untuk mendapatkan Marcos Alonso dan Bernardo Silva tanpa sebarang masalah.

Ferran Martinez melaporkan bahawa Man United akan menggerakkan langkah agresif mereka dan yakin akan dapat menandatangani Frenkie De Jong pada minggu hadapan.

Minggu lalu Barcelona bermasalah untuk mendaftarkan pemain pemain baharu mereka dan pemain yang baru dilanjutkan kontrak.

Tetapi semalam pada Jumaat, Laporta mengotakan janjinya untuk memastikan kesemua pemain baharu akan berjaya didaftarkan. Cuma Jules Kounde sahaja yang masih tak dapat didaftarkan.

Sementara itu dua pemain yang dibeli dengan nilai tinggi oleh Barca iaitu Robert Lewandowski dan juga Raphinha sudah berjaya didaftarkan. Itu yang paling penting.

Seterusnya dua lagi pemain yang ditandatangani secara percuma oleh United iaitu Franck Kessie dan juga Andreas Christensen juga berjaya didaftarkan bersama sama dengan Sergi Roberto dan Ousmane Dembele yang diberikan kontrak baharu.

Tetapi Barcelona tidak panik untuk situasi Kounde kerana pemain itu berpotensi akan didaftarkan. Ini kerana, jika Barcelona tak dapat menjual De Jong sekalipun, mereka yakin akan dapat mengosongkan bil gaji pemain lain.

Dua pemain yang dilihat berpotensi akan pergi ialah Memphis Depay dan terbaru Pierre Emerick Aubameyang.

Menurut laporan Laurie Whitwell, Man United sudah berhubung dengan ejen Depay untuk membincangkan kemungkinan mendapatkan semula pemain itu. Depay pada masa yang sama turut berunding dengan Juventus.

Kini tumpuan United turut terarah kepada usaha membawa Frenkie De Jong kerana pemain itu adalah sasaran utama yang paling dikehendaki oleh Erik Ten Hag.

De Jong yang enggan menerima pemotongan gaji di Barcelona membuatkan Laporta merasakan bahawa pemain itu harus dilepaskan. Man United dan Barca sebelum ini sudah mencapai kesepakatan harga dengan pakej keseluruhan €85 juta.

Tetapi masalah berlaku pada rundingan pemain dan Man United. De Jong masih mahu terus kekal bersama dengan Barcelona. Kelab impiannya dari kecil.

Man United tetap berdepan dengan saingan daripada Chelsea yang turut berminat dengan pemain itu.

Baca yang lain