Manchester United Hantar Wakil Berunding Dengan Pochettino Dan Thomas Frank

James Ducker dari The Telegraph UK melaporkan Manchester United kini berunding dengan Mauricio Pochettino dan Thomas Frank dalam usaha kelab itu terus membuat penilaian tentang pengurus baharu menggantikan Erik Ten Hag.

Ten Hag yang mulai bercuti pada Ahad dilaporkan dalam risiko untuk dipecat walaupun dia berkali kali menyatakan INEOS menyokongnya terutama sekali selepas kejayaan menjulang Piala FA pada Sabtu.

Namun begitu The Guardian sebelum final Piala FA melaporkan bahawa masa depan Ten Hag di United sudah pun diputuskan oleh kelab itu.

Sama ada United menang Piala FA atau tidak, The Guardian melaporkan bahawa dia tetap akan dipecat. Ini kerana Man United menamatkan liga di tangga kelapan. Yang merupakan penamat terburuk United dalam kempen EPL sejak 1990.

Oleh sebab itu, INEOS sudah memantau beberapa nama lain untuk dilantik di Old Trafford. Sir Jim Ratcliffe mengetuai pemburuan pengurus baharu itu. Memandangkan dia memiliki kuasa terlibat dalam pengurusan sukan kelab itu.

Sebelum ini wakil kelab Manchester United sudah bercakap dengan Kieran McKenna. Pengurus Ipswich yang membantu kelab itu naik ke EPL. McKenna sebelum ini pernah bekerja di Old Trafford.

Pengurus Ipswich itu juga menarik minat Chelsea dan Brighton yang masing masing baru kehilangan pengurus mereka.

Kemudian United bercakap dengan dua lagi calon lain iaitu Mauricio Pochettino serta Thomas Frank.

Sir Jim Ratcliffe merupakan orang yang sudah lama berminat dengan Pochettino. Pengurus yang baru sahaja dilepaskan Chelsea beberapa minggu lalu.

Pochettino sedia untuk terus kembali semula ke pengurusan pasukan. Pochettino sebelum turut beberapa kali menjadi perhatian Man United ketika kelab itu untuk mengisi jawatan pengurus, beberapa tahun lalu. Dia merupakan pengurus yang sentiasa berada dalam senarai CEO kelab ketika itu, Ed Woodward.

Pochettino memiliki pengalaman mengendalikan kelab besar. Prestasi Chelsea selepas Disember 2023 sangat baik. Jadi dia dianggap sangat sesuai dengan United dalam pembangunan bakat muda.

Seterusnya Thomas Frank. Sir Jim Ratcliffe suka dengan reputasi pengurus itu mengendalikan Brentford dengan dana yang terhad dalam 6 musim terakhir ini.

Dia dianggap pengurus yang memiliki gaya taktikal sesuai dengan kehendak Sir Jim Ratcliffe di Man United.