Mancheser United ada alasan tersendiri tidak mahu memasukkan klausa beli tetap pada kontrak pinjaman Sancho ke Dortmund.
Sebenarnya United mahu menjual pemain itu ke Arab Saudi pada musim panas akan datang bersama sama dengan Antony.
Menurut laporan Evening Standards, United sudah akur bahawa dua pemain tersebut satu pembelian yang merugikan kelab. Dan sedia menerima kira kira £50 juta sahaja untuk seorang pemain.
Laporan tersebut menyebut, United sudah ada perancangan untuk mendapatkan £100 juta daripada penjualan dua pemain itu. Di mana mereka sebelum ini membelanjakan sekitar £155 juta untuk dua pemain itu.
Sebelum ini Al Ettifaq berminat mendapatkan Sancho. Dengan United sedia untuk menerima harga jauh lebih rendah daripada £73 juta yang mereka bayar untuk membeli pemain itu pada 2021.
Namun perpindahan itu tidak dipersetujui Sancho yang kemudian menyatakan dia lebih rela terus kekal di United makan gaji buta berbanding berpindah ke Arab Saudi.
Sancho kini bersama dengan Dortmund untuk pinjaman separuh musim. United menolak usaha Dortmund yang mahu memasukkan klausa pembelian tetap.
Kerana United yakin nilai semasa pemain itu tak menggambarkan nilai pasaran sebenar beliau.
United sanggup membayar sebahagian besar gaji Sancho sepanjang enam bulan pinjaman dia di Dortmund dengan harapan pemain itu dapat beraksi cemerlang sekali lagi dan ini akan membolehkan mereka mendapatkan sekurang kurangnya £50 juta dari kelab Arab Saudi.
Antony pemain yang dibeli £86 juta pada 2022, minggu lalu telah dikritik secara terbuka oleh Ten Hag. Yang meminta pemain itu melakukan tugasnya dengan lebih baik.
Ten Hag akui isu dengan bekas teman wanitanya membuatkan prestasi Antony merudum. Dan Ten Hag sudah memberikan amaran bahawa pemain itu kini berdepan persaingan sengit daripada pemain pemain lain.
United sebelum ini turut menerima bidaan untuk Casemiro dan Varane. Namun United enggan melepaskan dua pemain itu kerana harga ditawarkan dikatakan terlalu rendah.
Jadi, kini United benar benar berharap akan dapat menjual Antony dan Sancho untuk mendapatkan £100 juta daripada bisnes itu.
🚨 Jadon Sancho and Antony have been offered to clubs in the Saudi Pro League. Manchester United want around £50m each for Sancho and Antony.
(Source: @NizaarKinsella) pic.twitter.com/40NDQc6Kko
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 22, 2024
Sancho sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia lebih suka untuk terus kekal di Eropah. Dengan dia dilihat sangat gembira dapat kembali semula ke Jerman. Masalah Dortmund adalah mereka mungkin akan menanggung kos sangat tinggi untuk membawa pulang Sancho dengan membayar yuran perpindahan dan gaji Sancho yang sangat besar.
Berbeza dengan Antony, Sancho merupakan pemain yang sudah retak hubungan dengan Ten Hag.