Manchester United kini sudah menyatakan hasrat mereka kepada Sporting Lisbon bahawa mereka mahu mendapatkan Victor Gyokeres.
Disenarai sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam beberapa musim terakhir ini, Gyokeres boleh bergabung semula dengan Ruben Amorim di Old Trafford.
Namun begitu Man United tak akan membeli pemain itu pada Januari ini. Kerana mereka masih perlu mengurangkan beban hutang kelab dan akaun FFP mereka.
Lagipun Ruben Amorim dan Gyokeres sendiri sudah menyatakan bahawa pemain itu akan terus kekal di Sporting untuk musim ini. Gyokeres tidak menolak untuk berpindah ke kelab besar pada masa hadapan namun dia mahu terus kekal di Sporting musim ini.
Sementara itu Ruben Amorim menegaskan, sebagai peminat setia Sporting dia juga mahu melihat pemain itu terus kekal di kelab itu.
Manchester United kini benar benar mahukan pemain itu dengan perbincangan untuk mendapatkan Gyokeres sudah bermula.
Tetapi kelab itu perlu menjual pemain mereka terlebih dahulu untuk membeli Gyokeres yang pasti akan mahal. Perancangan United adalah untuk membawa masuk pemain itu untuk musim hadapan.
Walaubagaimanapun, Man United berdepan persaingan daripada Manchester City yang turut berminat mendapatkan pemain itu setelah kelab itu hanya bergantung kepada Erling Haaland sebagai no.9.
🚨🔴 Manchester United have now made initial concrete talks regarding Viktor #Gyökeres and a potential move in the summer. The Red Devils are now fully involved. #MUFC
⚠️ However, this will require sales first!
Manchester City have also intensified their efforts in recent… pic.twitter.com/zS6BGPwAF4
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) December 2, 2024
Sebelum ini Victor Gyokeres pernah menyatakan bahawa Man United adalah kelab impiannya semasa kecil. Adakah sentimen itu akan mempengaruhi perpindahan pemain itu ke United?
Hal ini kerana selain daripada dua kelab Manchester itu, kelab lain seperti Arsenal dan Chelsea juga turut dikaitkan dengan pemain tersebut.