Manchester United Raih 3 Mata Berdepan Wolves Yang Pamerkan Aksi Padu

Manchester United menyelesaikan urusan hari pertama dalam kalendar EPL mereka dengan 3 mata yang penuh dengan debaran.

Ini kerana lawan mereka ternyata lebih baik dalam banyak aspek permainan kecuali penyudah.

Wolves melakukan 23 percubaan ke arah gol United namun tidak satu pun yang berjaya menembusi gawang Andre Onana.

Onana yang membuat debut kompetitif pertamanya bersama United melakukan beberapa siri penyelamatan hebat.

Man United mendapat gol kemenangan menerusi gol tandukan Raphael Varane yang tidak dikawal ketika menerima hantaran Aaron Wan Bissaka.

Wolves memberikan masalah kepada Man United dengan aksi bertenaga dan aliran serangan yang teratur dan kreatif.

Cunha sepatutnya menjaringkan gol untuk Wolves dari jarak dekat, namun percubaannya terkena jaring sebelah kanan Onana.

Erik Ten Hag pastinya tidak gembira dengan aksi aksi kurang kemas pemain pemainnya yang kerap hilang bola dan mencetuskan serangan balas lawan.

Pada masa kecederaan, pengadil menggunakan VAR untuk menyemak sama ada Onana melakukan kekasaran.

Pengadil memutuskan bahawa ianya bukan penalti.

Onana sebelum itu berhempas pulas menafikan percubaan pemain Wolves. Aaron Wan Bissaka turut melakukan hadangan yang penting untuk mengalang sepakan Hwang Hee Chan daripada menerjah gawang.

Saksikan rangkuman aksi di sini: