Manchester United sudah sedia untuk mendapatkan Harry Kane pada jendela perpindahan akan datang.
Man United kini menjadikan no.9 berkelas dunia sebagai keutamaan pada rekrut pemain selepas ini. Menurut laporan, Harry Kane menepati segala profil yang mereka mahukan.
Selain itu, Man United menegaskan bahawa ianya tidak akan berkonflik langsung dengan Cristiano Ronaldo. Dan pemain itu sentiasa profesional dan tidak menentang mana mana pemain yang mahu dibeli kelabnya.
Manchester Evening News melaporkan bahawa kelab mahu mencari penyerang lebih muda kerana Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani yang sudah semakin berusia.
Kane baru berusia 29 tahun pada Julai akan datang. Ronaldo kini sudah berusia 37 tahun dan Cavani sudah berusia 35 tahun.
🚨 Manchester United are planning to make a fresh attempt to sign Harry Kane in the summer.
(Source: Daily Mirror) pic.twitter.com/kz49JFH8AO
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 14, 2022
Ralf Rangnick dikatakan cuba untuk mendapatkan Erling Haaland selepas penyerang tersebut pernah menolak tawaran United untuk pergi ke Borussia Dortmund. Namun Manchester dan Real Madrid dilihat sebagai pendahulu persaingan pada ketika ini. Di mana Haaland ada klausa pelepasan €75 juta yang sudah teraktif pada musim panas lalu.
Sebelum ini Manchester City cuba mendapatkan Harry Kane dengan harga £100 juta namun ditolak oleh Daniel Levy.
Dengan Harry Kane yang masih belum menunjukkan minatnya untuk terus kekal di Spurs, maka United cuba untuk menawarkan kontrak kepada pemain tersebut dengan menjanjikan projek memenangi trofi yang lebih meyakinkan.
Hal ini kerana Kane mengutamakan projek kelab yang boleh memenangi trofi. Pemain tersebut menjaringkan beratus ratus gol namun masih belum ada trofi major dalam kehidupannya.
Bukan itu sahaja, Kane mungkin akan bergabung semula dengan Mauricio Pochettino. Kerana pengurus itu antara calon utama untuk mengisi kekosongan di United selain Erik Ten Hag.
Selain daripada itu, Manchester United turut menjadikan pemain tengah sebagai sasaran kerana mereka masih gagal memeterai perjanjian dengan Paul Pogba.