Manchester United Tewas Kali Ke-12

Jaringan tunggal James Maddison telah membuatkan Man United menelan kekalahan ke-12 mereka musim ini dalam Liga Perdana Inggeris 2024/25.

Kekalahan ini seolah olah menutup peluang United untuk mara ke Eropah musim hadapan menerusi kedudukan dalam liga.

Mereka harus memenangi piala domestik atau UEL musim ini unntuk mara ke pertandingan eropah musim hadapan.

Ruben Amorim kehilangan Amad Diallo yang mengalami kecederaan di pusat latihan. Seperti dijangka ketiadaan pemain itu memberikan impak kepada United.

Ini memandangkan Amad Diallo adalah pemain terbaik United ketika ini.

Bagi Ange Postecoglou dan Daniel Levy, kelegaan itu dapat dirasai. Pada hari yang sama ketika penyokong Tottenham berkumpul untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengerusi mereka, gol separuh masa pertama daripada James Maddison memastikan Manchester Unitedlah yang menamatkan pertempuran antara 2 kelab yang berdepan krisis prestasi dalam Liga Perdana Inggeris itu.

Jarang sekali perlawanan antara dua pasukan yang memulakan hari di kedudukan ke-14 dan ke-15 dalam carta liga.

Postecoglou akhirnya dapat menggunakan beberapa pemain berpengalaman di bangku simpanan untuk mencatat kemenangan penting ini.

Sebaliknya United terpaksa bergantung kepada Casemiro yang semakin tua dan bangku simpanan yang penuh dengan pemain remaja dalam perlawanan yang menggambarkan situasi sukar yang diwarisi Ruben Amorim.

Namun sekiranya Alejandro Garnacho berjaya menyumbat masuk peluang keemasnnya, mungkin United mengalami nasib berbeza. Guglielmo Vicario menghasilkan penyelamatan menakjubkan sekembalinya daripada kecederaan untuk memastikan Spurs di depan pada separuh masa kedua.

Dalam kempen Spurs yang telah terjejas teruk akibat kecederaan, kepulanngan Vicario dan Maddison ke dalam kesebelasan utama dan Destiny Udogie, Brennan Johnson dan Wilson Odobert di bangku simpanan terbukti menjadi perbezaan antara kedua dua pasukan.

Penjaga gol Itali itu tidak beraksi sejak Spurs menewaskan Manchester City 4-0 pada bulan November dan dipanggil beraksi semula dalam perlawanan ini. Dia cemerlang menggagalkan percubaan Rasmus Højlund – satu daripada hanya sembilan sentuhan yang berjaya dilakukannya pada separuh masa pertama – dan kemudian menafikan percubaan Garnacho ketika United membuat permulaan yang memberangsangkan.

Namun dengan Kobbie Mainoo dan Manuel Ugarte tidak dapat beraksi dan Amad Diallo mengalami kecederaan yang berkemungkinan sehingga akhir musim, Amorim terpaksa memberikan Casemiro permulaan pertamanya sejak 30 Disember dan menyenaraikan pemain bangku simpanan dengan lapan pemain berusia 19 tahun ke bawah yang masih belum membuat penampilan pasukan utama, termasuk anak Darren Fletcher, Jack.

Apa sahaja yang cuba dilakukan Amorim kesemuanya gagal diterjemahkan pemain United kepada gol.

Spurs walaupun agak gementar pada akhir separuh masa kedua, namun mereka berjaya meraih 3 mata.

Kekalahan ini menyaksikan Man United kini di tangga ke-15. Spurs naik ke tangga ke-12, dan dibezakan 7 mata daripada 10 teratas.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini: