Mancini Anggap Naturalisasi Membunuh Bakat Anak Jati Itali

Pengurus Itali, Roberto Mancini menyatakan kerisauannya pembangunan bakat anak jati di Itali kerana sistem bola sepak moden.

Itali sebuah negara bola sepak yang terkenal dan ramai pengikut. Namun pada hari ini mereka bergelut untuk membentuk pasukan yang konsisten dan digeruni.

Di mana menurutnya, Itali mulai meniru negara negara eropah yang lain, mahu mencari pemain naturalisasi dan serapkan mereka ke dalam pasukan.

Ianya telah menyukarkan negara Itali untuk terus melahirkan pemain pemain berbakat.

Ini kerana pembangunan bakat pemain pemain tempatan kian diabaikan.

Dipetik daripada Italian Football TV, Mancini berkata:

“Beberapa tahun lalu, saya ada menyatakan bahawa, hanya ada seorang pemain dari Itali yang bermain untuk pasukan kebangsaan.”

“Namun masalah kekurangan pemain ini masih belum wujud masa itu. Dan kemudian dunia berubah.”

“Kesemua pasukan di Eropah memiliki pemain naturalisasi.”

“Kita ada pemain yang melalui proses pembangunan di kesemua setiap peringkat berdasarkan sistem pembangunan pemain remaja kebangsaan Itali.”

“Dan kemudian pergi bermain untuk negara lain di peringkat senior. Sekarang ini kita buat benda yang sama.”

Mancini seterusnya menyatakan bahawa dia dan kejurulatihannya sedang berusaha untuk memanggil seberapa ramai pemain tempatan asal Itali yang boleh jika mereka berbakat.

“Cakap banyak tentangnya pun tak guna juga, kerana hanya ada sekelompok kecil pemain di Itali. Jika ada peluang untuk kita mendapatkan mereka, kita akan panggil mereka.”

Ini bukan kali pertama Mancini menggesa agar pemain yang lahir di Itali dan berbangsa Itali harus mewakili negara mereka.

Pada 2015, dia menyatakan pandangan yang sama.

“Pasukan kebangsaan Itali sepatutnya diwakili orang Itali,” katanya pada pertemuan jurulatih dan pengadil Serie A di Rom pada 2015.

“Mungkin kita dapati beberapa pemain dalam skuad Itali yang bukan warga Itali tetapi hanya mempunyai beberapa saudara di sini, tetapi ini hanya pendapat saya.”

“Saya fikir pemain Itali layak bermain dalam pasukan kebangsaan Itali manakala mereka yang tidak dilahirkan di Itali, walaupun mereka mempunyai saudara mara (berdarah Itali), tidak layak.”

“Kita telah melakukan banyak perkara untuk membangunkan pemain muda dan kemudian kita pergi memanggil pemain asing [yang layak bermain] untuk Itali.”

“Ibu Vazquez orang Itali — anda tidak boleh bercakap lebih banyak bahasa Itali daripada dia,” kata Giuseppe Lachini sebaik tiba di acara itu.

“Jika seseorang merasakan perasaan kekitaan kerana ikatan kasih sayang, maka beberapa perkara [seperti yang dikatakan Mancini] tidak patut disebut.”

Itali sebelum ini membuatkan peminat mereka benar benar kecewa apabila gagal layak ke Piala Dunia. Walaupun sebelum itu mereka dianggap sudah benar benar bangkit ketika menjuarai Euro.

Ianya adalah kali kedua berturut turut Itali gagal layak ke Piala Dunia.

Kenyataan Mancini tentang kegagalan Itali melahirkan lebih ramai pemain berkelas dunia kerana terpengaruh dengan sistem bola sepak moden hari ini mungkin ada benarnya.

Namun ramai juga peminat tidak sependapat dengan Mancini. Kerana menurut mereka, Mancini sendiri kadangkala pilih kasih dalam pemilihan pemain.

Dia masih memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain senior yang dianggap kuda tua.

Menutup peluang kepada pemain pemain muda yang berbakat.

Baca yang lain