Roberto Mancini membandingkan kegagalan Piala Dunia dengan memenangi UEFA EURO 2020. “Itu adalah pengalaman paling indah dalam hidup saya, ini adalah kekecewaan terbesar. Masih terlalu awal untuk bercakap tentang masa depan saya,” kata beliau selepas kegagalan memalukan di separuh akhir play off Piala Dunia 2022.
Azzurri gagal untuk mara ke final play-off, setelah mensia-siakan 32 percubaan gol ke gawang, manakala Macedonia Utara menyempurnakan satu daripada hanya empat percubaan mereka pada malam tadi. Gol lewat Aleksandar Trajkovski pada masa kecederaan membuatkan Itali tergamam di hadapan penyokong sendiri.
Padang tersebut bukannya asing bagi Trajovski yang pernah beraksi untuk Palermo selama 4 musim.
Itali memenangi Kejohanan Eropah, namun gagal layak ke Piala Dunia kedua berturut-turut. Pertama kali dalam sejarah mereka gagal ke Piala Dunia sebanyak 2 kali berturut turut.
Mancini berkata: “Sama seperti Euro adalah pengalaman paling indah dalam hidup saya, ini pula adalah kekecewaan terbesar dalam hidup saya. Kita tidak boleh berkata apa-apa, itulah bola sepak, kadang-kadang perkara yang luar biasa berlaku dan ia baru sahaja berlaku.”
🎙️ #Mancini: "The victory in the Euros was the most wonderful moment of my career. What happened this evening is my biggest disappointment."#ITAMKD #Azzurri #VivoAzzurro #WCQ pic.twitter.com/YIMfp3Uq0C
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) March 24, 2022
“Kami tidak sepatutnya berada di sini [berada di play off, sebaliknya mara secara automatik dari peringkat kumpulan] pada mulanya, tetapi kami melakukan segala yang kami mampu untuk menang dan sukar untuk bercakap mengenainya.”
Tuah bertukar menjadi suwey
Mancini seterusnya membincangkan soal nasib malang yang menimpa Itali selepas mereka menikmati tuah yang baik ketika Euro 2020 yang lalu.
Di mana menurut Mancini tidak ada momen yang memihak kepada mereka saat mereka memerlukan tuah tersebut datang. Segalanya serba tak menjadi. Gol lewat pada masa kecederaan minit ke-90+2 ibarat melengkapkan episod nasib malang mereka.
“Kemenangan di Euro sememangnya wajar untuk kami, kerana kami bermain bola sepak yang hebat. Kemudian sebahagian daripada tuah yang kami ada dalam kejohanan itu bertukar menjadi nasib malang sepenuhnya dan lengkap, kerana beberapa perkara yang sukar dipercayai berlaku dari September dan seterusnya.”
🗣 Roberto Mancini: “Tonight is the biggest disappointment of my career. An amazing thing happened tonight, there are no words to describe it. Some games are like that. From the European Championship onwards, the luck that accompanied us has turned into total misfortune.” [RAI] pic.twitter.com/wLzf42HbZm
— Italian Football News 🇮🇹 (@footitalia1) March 24, 2022
“Kami mendominasi peringkat kumpulan, apa yang kami perlukan adalah salah satu saat untuk berjalan dengan baik untuk kami.”
“Tetapi kedua-duanya tidak berlaku. Malam ini, rasanya seolah-olah bolos gol pada minit ke-92 adalah perkara yang melengkapkannya [kisah malang].”
Mancini mempertahankan kualiti pasukannya. Dan menegaskan bahawa skuad Itali yang ada pada hari ini adalah skuad yang bagus. Dan Mancini enggan membincangkan soal masa depannya. Sekaligus membayangkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatannya.
Mancini menambah: “Ini adalah kumpulan pemain yang bagus dan saya minta maaf untuk mereka.”
Mancini ditanya sama ada dia akan atau memang boleh meneruskan peranannya selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.
“Kita akan lihat. Saya rasa semua orang terlalu kecewa sekarang untuk bercakap tentang masa depan.”
Mancini enggan bincang soal masa depan
Jurulatih itu juga membincangkan hubungan kemanusiaannya dengan pemain selepas mereka melalui begitu banyak suka dan duka bersama.
“Saya perlu katakan, saya lebih mementingkan anak anak buah saya sekarang berbanding bulan Julai.”
“Ini adalah saat yang sukar, kasih sayang saya terhadap mereka sangat besar. Masih terlalu awal untuk menyatakan apa yang berlaku seterusnya, kerana terdapat kekecewaan, tetapi pada masa yang sama ini adalah skuad pemain hebat dengan masa depan yang cerah.”
Roberto Mancini on his future as Italy head coach: “We will see. Now I feel too disappointed to speak about my future, we will see”, he told Rai Sport. 🔵 #Italy
“I’m sure this team has a great future. I’m supporting these players now more than ever”. pic.twitter.com/bwXAC4uK2f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 24, 2022
Peminat mahu Mancini letak jawatan
Di media sosial ramai yang menghentam Mancini, walaupun beberapa bulan lalu dianggap ‘Messiah’ bola sepak Itali.
Mereka meminta Mancini meletak jawatan segera jika dia tahu malu. Mereka menganggap kejayaan di Euro yang lalu kerana Spinazzola dan Chiesa yang ‘carry’ pasukan tersebut, bukaannya kerana Mancini.