Mancini Sertai Arab Saudi Bukan Kerana Duit, Tetapi Kerana Cabaran Baharu

Roberto Mancini sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila dia meletak jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Itali.

Selepas beberapa bulan lalu dia berusaha sedaya upaya mempertahankan jawatannya di Itali selepas menerima kritikan kerana gagal layak ke Piala Dunia 2022 walaupun menjadi juara Euro sebelum itu.

Mancini tiba tiba seperti membuang jawatannya itu begitu sahaja. Dan dia kemudian dikaitkan dengan jawatan di Arab Saudi. Media di Itali mendakwa dia meletak jawatan kerana mengejar ‘duit Arab’.

Terbaru Mancini diumumkan sebagai pengurus baharu pasukan kebangsaan Arab Saudi.

Dia mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Itali.

“Saya teruja mengumumkan bahawa saya menyertai pasukan kebangsaan Arab Saudi sebagai ketua jurulatih.”

“Saya gembira dan berbesar hati untuk dipilih menggalas jawatan yang sangat berprestij ini, sabagai tanda penghargaan dan pengiktirafan di atas segala kerja keras saya dalam beberapa tahun ini.”

Dengan ini Mancini dilaporkan menjadi pengurus dengan gaji tertinggi di dunia mengatasi Pep Guardiola dan Steven Gerrard.

Mancini menerima €30 juta semusim di Arab Saudi, Pep Guardiola dengan €23 juta dan Steven Gerrard dengan €17 juta semusim di Al Ettifaq.

Mancini bagaimanapun menafikan sekeras kerasnya dakwaan bahawa dia menerima tawaran Arab Saudi itu kerana duit.

Dia sebaliknya menegaskan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia merasai cabaran baharu dengan merasai pengalaman bola sepak Asia.

Dan secara kebetulan Arab Saudi adalah pasukan dari Asia yang datang menawarkan tawaran kepadanya ketika dia meraskaan dia sudah mencapai segalanya di Eropah.

Kemudian dia tertarik dengan pembangunan bola sepak di Arab Saudi menerusi Liga Pro Saudi.

Mancini berkata: “Saya sangat berbesar hati ditawarkan jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Arab Saudi.”

Mancini menandatangani kontrak 4 musim di Arab Saudi membolehkan dia mendapat sekitar €120 juta gaji tetap bersih tanpa cukai.

Ditanya sama ada dia datang kerana wang, ini jawapan Mancini:

“Saya datang ke sini kerana saya percaya ini peluang terbaik saya untuk merasai pengalaman bola sepak dari sudut berbeza di negara baharu. Terutama sekali dengan pembangunan pesat bola sepak di Asia itu sendiri.”

“Kehadiran ramai pemain berkelas dunia di Liga Pro Saudi menunjukkan potensi untuk membangunkan pasukan kebangsaan.”

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah