Mane Dedahkan Luis Diaz Jadikan Liverpool Hanya Persinggahan

Ayah kepada Luis Diaz, Mane Diaz telah membuat satu lagi kenyataan kontroversi apabila menegaskan bahawa impian mereka sekeluarga iaitu mahu melihat Diaz beraksi di kelab Real Madrid.

Beberapa bulan lalu dia pernah menyatakan bahawa Luis Diaz hanya menjadikan Liverpool sebagai satu persinggahan. Dan berharap anaknya akan menyertai kelab di Sepanyol yang dianggap sebagai impian mereka sekeluarga.

Mane Diaz mengesahkan laporan yang menyatakan bahawa Real Madrid sebelum ini berminat dengan Luis Diaz. Namun dia agak kecewa kerana Real tidak pro aktif untuk mendapatkan pemain Luis Diaz.

Diaz kemudian menyertai Liverpool dan pantas menjadi pemain penting di bawah Jurgen Klopp menggantikan Sadio Mane.

Bercakap kepada Cedena Ser, Mane Diaz berkata: “Ketika dia meninggalkan Porto, saya tidak melihat ada perkembangan positif dari Real Madrid.

“Saya ada dengar cakap cakap tentangnya, namun saya tak tahu lebih lanjut perkara lain. Dengan Liverpool segalanya lebih jitu.

“Lebih langsung dan tepat untuk membuatkan Luis Diaz datang ke Liverpool. Ada harapan untuk dia datang ke sini [Sepanyol]. Pemain seperti Radamel Falcao, James Rodriguez semuanya pernah berada di Sepanyol.  Namun akhirnya itu tidak berlaku kepada Luis

“Namun jangan putus asa, dia masih bermain dan kelab masih lagi aktif.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di