Mane Mahu Tinggalkan Liverpool, Salah & Firmino Memasuki Tahun Akhir

Bintang Liverpool, Sadio Mane mahu meningalkan kelab tersebut pada musim baharu. Sadio Mane memasuki tahun akhir pada kontraknya.

Sebelum ini Mane sudah memberitahu bahawa dia akan memutuskan masa depannya selepas aksi final Liga Juara Juara Eropah.

Sumber Fabrizio Romano menjelaskan bahawa pemain antarabangsa Senegal itu dilihat sedang menuju ke Bayern Munich.

Walaubagaimanapun masih belum ada jaminan bahawa Bayern Munich akan selesa mendapatkan Sadio Mane.

Berita tentang hasrat Mane itu akan diumumkan oleh kelab tidak lama lagi.

Mane memenangi segalanya ketika bersama Liverpool. Dia merupakan pemenang 1 medal EPL, 1 UCL, 1 Piala FA, 1 Piala Liga serta trofi Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Ketika di Liverpool Mane turut memenangi Piala AFCON bersama dengan negaranya.

Secara individu, Mane juga pernah memenangi kasut emas EPL.

Sejak menyertai Liverpool,Mane menjadi pemain sayap prolifik. Dia turut menjadi nadi penting dalam sistem serangan Liverpool di bawah kendalian Klopp.

Bayern Munich sudah lama mengidamkan Sadio Mane.

Mane merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau merasa pengalaman baharu di tempat baru dalam kariernya.

Selain Sadio Mane, bintang Mesir, Mohamed Salah dan Roberto Firmino turut memasuki tahun akhir dalam kontrak mereka.

Sebelum ini, Divock Origi sudah rasmi meninggalkan Liverpool.

Posisi Sadio Mane dilihat bakal diisi oleh Luis Diaz. Di mana sejak ketibaan Diaz, Sadio Mane banyak bermain di peranan false 9.

Ditambah pula dengan Roberto Firmino yang bergelut dengan kecergasannya musim ini.

Tetapi pemergian Mane pasti akan memberikan kesan kepada Liverpool. Lebih lebih lagi seteru mereka, Manchester City menambahkan Erling Haaland dan Alvarez ke dalam pasukan mereka.

Baca yang lain