Piala Dunia 2022 menyaksikan tiada aksi pemain handalan Mesir, Mohamed Salah. Ini selepas Mesir disingkirkan oleh Senegal daripada kelayakan Piala Dunia zon Afrika.
Pwrlawanan pertama menyaksikan Mesir membawa kelebihan cuma 1 gol sahaja menerusi kemenangan 1-0 di Mesir.
Dalam aksi tersebut Senegal tampil lebih baik berbanding Mesir. Namun buntu di hadapan gol.
Aksi kedua juga sama. Senegal tampil lebih baik namun hanya 1 gol mereka hasilkan 25 percubaan ke gawang Mesir dengan 9 percubaan tepat.
Kekebalan penjaga gol Mesir, Mohamed El Shenawy selepas bolos gol pertama Senegal benar benar membuatkan Senegal buntu.
El Shenawy menjadi punca kenapa Mesir tidak bolos banyak dan akhirnya mengheret perlawanan sehingga ke penentuan penalti.
Dalam penentuan sepakan penalti, Kalidou Koulibaly gagal menyempurnakan penalti pertama Senegal.
Mohamed Salah berpeluang meletakkan pasukannya di hadapan. Di mana kali ini Salah memutuskan untuk menjadi penyepak pertama untuk pasukannya selepas tak sempat melakukannya dalam penentuan penalti pada final Piala AFCON – ketika itu Salah menjadi penyepak kelima.
Namun sepakan penalti Salah melambung tinggi. Matanya ditembak dengan pancaran laser oleh peminat Senegal.
Mohamed Salah before his penalty miss against Senegal. pic.twitter.com/szlmfxDJkN
— ESPN FC (@ESPNFC) March 29, 2022
Pada akhirnya penentuan penalti ditamatkan Sadio Mane selepas Zizo dan Mustafa Mohamed juga gagal dalam penalti mereka.
Mane memastikan kemenangan Senegal menerusi penentuan penalti dengan skor 3-1.
Dan membawa negaranya ke pentas pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. Sekaligus menjadi penampilan ketiga negara mereka di pentas Piala Dunia.
Sadio Mane sends Senegal to the World Cup! Mendy the hero with 3 penalty saves. pic.twitter.com/VTljPrbGKu
— The Football Index 🎙 ⚽ (@TheFootballInd) March 29, 2022
Ini adalah kali kedua Sadio Mane menjadi penjaring gol kemenangan dalam penentuan penalti menentang Mesir tahun ini.
Pada 6 Februari lalu Mane menjadi penjaring gol kemenangan dalam pentas final Piala Afrika.
February 6: Sadio Mané's penalty vs. Egypt wins AFCON for Senegal
Today: Sadio Mané's penalty vs. Egypt sends Senegal to the 2022 World Cup
— B/R Football (@brfootball) March 29, 2022
Selepas tamat perlawanan para penyokong Senegal meluru masuk ke dalam padang meraikan kejayaan pasukan mereka. Berlaku insiden di mana Mohamed Salah dibaling dengan botol dan terpaksa dibantu oleh petugas keselamatan untuk meninggalkan padang.
جماهير السنغال تقذف محمد صلاح بزجاجات المياه ويخرج في حماية الأمن pic.twitter.com/gVINqbS2fk
— Kora Plus (@KoraPlusEG) March 29, 2022
Mohamed Salah yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini terpaksa hanya menyaksikan Piala Dunia dari kedai mamak sahaja.