Mane Puji Trent Alexander Arnold Yang Pemurah ‘Assist’

Sadio Mane menghamburkan kata kata pujian, kata kata indah, kata kata pujangga, dan kata kata penuh dengan bangga – ditujukan kepada Trent Alexander-Arnold.

Ini kerana Mane merasakan Trent Alexander Arnold telah terlalu banyak membantu pasukan Liverpool musim ini terutama sekali untuk penyerang bertiga Liverpool, Sadio Mane – Firmino – Mohamed Salah.

Pemain kebangsaan England, Trent Alexander Arnold meneruskan musim cemerlang dan penuh kreatif beliau pada musim ini.

Setakat ini, pemain berusia 21 tahun itu sudah membekalkan  14 assist dalam 37 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan Liverpool.

Trent Alexander Arnold sekali lagi memberikan assist krusial kepada rakannya dalam aksi yang goyah berhadapan dengan West Ham.

Arnold telah memberikan dua assist ketika itu – termasuk assist untuk gol kemenangan Liverpool – membolehkan Liverpool mencatatkan keputusan 3-2.

Sadio Mane menggunakan kesempatan muncul depan tv agar semua orang mendengar apa yang dia nak cakap tentang Trent Alexander Arnold .

Sadio Mane berkata kepada Sukan Langit: “Trent Alexander Arnold  – dia pemain yang sangat bagus. Jujur saya cakap. Terutama sekali kepada kami bertiga di barisan serangan.”

“Beliau bekerja keras sepanjang masa dan beliau sentiasa peka mendengar. Trent Alexander Arnold sentiasa mahukan lebih dan lebih lagi, kerana dia mahu meningkat naik.”

“Dia sangat bagus dan memberikan assist yang banyak berbanding di antara kami bertiga mengassist antara satu sama lain.”

Trent Alexander Arnold  kini berada dalam kelompok elit antara bek kanan terbaik di dunia berdasarkan pengaruh beliau di atas padang.

Beliau memberikan impak sangat baik terutama sekali untuk serangan.

Trent Alexander Arnold pastinya mahu membantu kelab yang dia sayang, kelab yang dia cintai, dan kelab yang dia sokong sejak masih kecil dan hingusan lagi – untuk menamatkan kemarau kejuaraan EPL.

Liverpool kini sudah mengutip 79 mata dalam  liga – 22 mata di atas Manchester City.

Perlawanan Liverpool yang seterusnya adalah menentang Watford di Vicarage Road.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.