Sadio Mane telah mendedahkan yang beliau secara suka rela menandatangani ‘kontrak kematian’ ketika beraksi di pentas saingan Africa Cup of Nations.
‘Kontrak kematian’ sebenarnya kontrak yang ditandatangani oleh pemain untuk bertanggungjawab ke atas diri sendiri andai berlaku kematian.
Mane menderita kecederaan kepala selepas berlanggar dengan penjaga gol Cape Verde, Vozinha ketika di pusingan 16 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sadio Mane winning the AFCON, I have never felt that in my life and I never think I will feel the same. I have ambitions with Senegal: do my best to win the World Cup and win the AFCON Again! pic.twitter.com/cKVmv5Mr9j
— supermane10 (@supermanelfc) July 6, 2022
Pemain sayap Senegal itu terpaksa dikeluarkan selepas beliau terlibat dengan insiden pelanggaran tersebut.
Senegal berjaya memenangi perlawanan tersebut seterusnya layak ke peringkat suku akhir, dengan Sadio Mane turut diragukan status beliau untuk bermain dalam perlawanan seterusnya.
Kelabnya pada ketika itu, Liverpool telah menghantar surat kepada Senegal supaya merehatkan Sadio Mane selama lima hari.
Seandainya Senegal mengikuti permintaan Liverpool, maka Mane bakal terlepas aksi di peringkat suku akhir dan pemain penyerang itu tidak sanggup melihat hal itu berlaku.
-Sadio Mané🇸🇳: Player of the year
-Aliou Cisse🇸🇳: Coach of the year
-Sénégal🇸🇳: National team of the year https://t.co/xeXIHUE8RB— ⭐️Dramé-Kandji-Soccé🇸🇳🕊 (@KandjiSocce) June 30, 2022
Sadio Mane tidak sanggup terlepas perlawanan penting itu dengan beliau sanggup menanggung segala risiko termasuk nyawanya sendiri asal saja dapat beraksi untuk skuad kebangsaan Senegal.
Beliau memberitahu Pro Direct France bahawa:
“Ketika saya mengalami kecederaan bertemu Cape Verde dan saya mengalami concussion, saya tak pernah bercakap tentang itu pada masa itu.”
“Liverpool meletakkan tekanan kepada Persatuan dan menulis surat kepada FIFA yang saya memerlukan setidak-tidaknya rehat selama lima hari, jadi saya akan terlepas perlawanan peringkat suku akhir.”
“Doktor skuad kebangsaan kami turut perlu mengikuti semua peraturan. Ketika mereka memberitahu saya itu, saya hubungi jurulatih dan beritahu dia yang doktor tak benarkan saya bermain tapi kamu perlu letakkan saya dalam kesebelasan utama.”
Sadio Mané: "Even if I win the World Cup with Senegal, I won't feel what I felt when I won the AFCON. I had never felt that in my life.I was ready to die there.” (@ProD_Soccer_FR) pic.twitter.com/1k07BXD555
— Ēñøçk Købiñä Ëssël Sãrkøbìñä Mäkåvïlé (@Sarkobina) July 5, 2022
Mane kemudiannya menambah lagi bahawa:
“Saya hubungi Presiden persatuan bola sepak Senegal dan beritahu dia yang kami perlu berbincang kerana saya mahu bermain. Saya akan sangat kecewa kalau tak bermain.”
Mane sudah bersedia mahu menandatangani kontrak yang mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang perlu bertanggungjawab melainkan dirinya sendiri andai beliau mati di atas padang.
Walau bagaimanapun, sebelum Mane sempat menandatangani perjanjian tersebut, doktor pasukan telah mengesahkan yang beliau sudah cergas sepenuhnya untuk bermain.
Mane kemudiannya menambah lagi, bahawa:
Sadio Mane does not care about he’s FIFA rating & he’s not a big fan of PlayStation. pic.twitter.com/aXx9texp7Q
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) July 7, 2022
“Saya tahu saya tak sepatutnya bermain tapi mari lah kita buat perjanjian. Ia akan jadi tanggungjawab saya, saya akan turunkan tandatangan.”
“Jika saya mati, mereka boleh kata itu memang salah saya. Tiada siapa pun yang salah. Tapi mereka kata, ‘Sadio, kamu tak boleh bermain’, tapi saya kata, ‘Tak, tak, jangan tanya lagi.”
“Ia sekitar 1am atau 2am, semua orang panik dan saya kata, ‘Coach, saya tahu kamu sendiri juga takut. Cukup sekadar tulis surat yang menyatakan saya sukarela untuk bermain dan akan bertanggungjawab sendiri kalau saya mati atau apa saja yang berlaku’. Semua orang sangat tertekan.”
“Saya tidak sempat tandatangan surat tapi mereka akhirnya kata, ‘Tidak, ia tak mustahil’ tapi saya sudah bersedia untuk lakukan itu, jadi doktor kemudiannya kata, ‘Ok, mari kita lakukan scan pada pagi sebelum hari perlawanan.”
On this day in 2016, Liverpool signed Sadio Mane from Southampton…
✅ 269 Apps
✅ 120 Goals
✅ 38 Assists
✅ 1 European Cup
✅ 1 Premier League
✅ 1 World Club Cup
✅ 1 Super Cup
✅ 1 League Cup
✅ 1 FA Cup
✅ 1 Premier League Golden Boot
✅ 1 African FOTY£30 👏🏆 pic.twitter.com/zAVarsN0s5
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) June 28, 2022
“Pada pagi itu, kita lakukan scan, kita hantar kepada Konfederasi bola sepak Afrika, mereka periksa dengan doktor, dan doktor kata tak ada masalah, ‘Ok, kamu boleh bermain.’ kerana membenarkan saya tandatangani ‘kontrak kematian’ akan menyukarkan dia juga. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.”
Sadio Mane akhirnya berjaya untuk turun beraksi di peringkat suku akhir, dan lebih manis lagi, beliau berjaya membawa Senegal untuk muncul sebagai juara saingan AFCON 2021.
Sumber: SPORTbible