Mano Polking: “Gajah Perang Sedia Pesta Gol Di Thailand”

Pasukan Thailand dikalahkan Malaysia di gelanggang keramat Stadium Nasional Bukit Jalil.

Membuatkan pengendali Thailand menyatakan bahawa dia sudah tak sabar untuk melihat anak anak buahnya berpesta gol di Thailand.

Mano Polking mengakui kecewa kerana setiap peluang yang dicipta gagal menjadi gol pada perlawanan pertama.

Gol tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 sudah cukup untuk Malaysia memenangi perlawanan.

Selepas tamat perlawanan, Mano Alexandre Polking  kesal kerana banyak peluang Thailand disia-siakan. Katanya, bukan mudah untuk bangkit selepas ketinggalan dengan satu gol.

“Kami tidak akan pernah gembira apabila kalah. Kamu kalah perlawanan seperti ini, perkara yang baiknya adalah kamu ada peluang untuk bangkit [dalam perlawanan kedua]. Jika kamu kalah dengan cara kamu bermain tadi – kami bermain dengan sangat baik – maka kamu akan sangat kecewa kalau kalah.”

“Kami mencipta banyak peluang, menguasai permainan dan mencipta banyak peluang. Tapi sekarang dah separuh jalan. Masih ada separuh perlawanan (perlawanan kedua), permainan belum berakhir,” kata Mano Polking.

“Ini adalah kekalahan yang boleh diterima. Kami mengawal permainan dan mencipta banyak peluang. Bukan senang nak bangkit. Ia adalah perlawanan di mana kami mengawal permainan pada separuh masa kedua,” katanya.

Jurulatih itu segera berazam untuk menjaringkan banyak gol dalam perlawanan kedua bagi membalas dendam kekalahan ini.

Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Thammasat, Selasa depan 10 Januari 2023.

“Semoga kami dapat mengawal permainan seperti ini. Malaysia adalah pasukan yang bagus. Pada perlawanan kedua, mereka akan menunggu untuk melakukan serangan balas. Kami akan cuba menjaringkan gol.”

Mano kemudian tahu, jika Malaysia menjaringkan 1 gol lagi di tempat mereka, maka Thailand perlu menjaringkan banyak gol.

Dan dia menyatakan bahawa anak anak buahnya sudah sedia untuk melakukannya, menghujani pintu gol Malaysia dengan gol.

Mano Polking tidak lupa memberikan tahniah kepada skuad Malaysia terutama sekali para penyokongnya. Ternyata sorakan penyokong Harimau Malaya telah membantu Malaysia dalam kemenangan tersebut. Dan beliau mahukan aura yang sama daripada penyokong Thailand nanti.

Mano Polking juga yakin bahawa dengan sokongan peminat yang padu di tempat sendiri, mereka akan mampu melakukannya bersama sama.

“Dan jika Malaysia menjaringkan gol, kami perlu menjaringkan tiga gol. yang sudah tentu peraturan gol di tempat lawan meletakkan kami pada kedudukan yang kurang bagus sekarang,” kata jurulatih berusia 46 tahun itu.

“Apa yang saya pasti peminat hebat kami akan menyokong penuh antara satu sama lain di Thailand. dan bantu kami melepasi perlawanan kedua,” akhirinya.

 

Thailand merupakan juara bertahan Piala AFF. Dan mereka sedia mempertahankan kejuaraan mereka.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.