Mano Polking Tak ‘Clear’ Insiden Dominic Tan, Namun Nampak Jelas Pemainnya Dijatuhkan Dalam Kotak Penalti

Mano Polking ditanya tentang pandangannya berkaitan gol Dominic Tan yang dibatalkan pengadil.

Di mana pengadil memberikan isyarat ada sikuan daripada Dominic Tan ke atas pemain Thailand.

Pembatalan gol itu benar benar mengecewakan peminat Malaysia. Kerana ulang tayang menunjukkan Dominic Tan tidak menyiku mana mana pemain.

Peminat Malaysia merasakan gol itu bersih dan tidak ada kesalahan langsung.

Gol yang dibatalkan itu mungkin boleh menjadi penentu penting nasib Malaysia dalam perlawanan kedua nanti.

Malaysia menang 1-0 ke atas Thailand selepas berhempas pulas mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi.

Gol tunggal Faisal Halim minit ke-11 memberikan kelebihan agregat 1 gol kepada Malaysia untuk dibawa sebagai bekalan perlawanan kedua nanti.

Namun Menurut Mano Polking dia tidak boleh memberikan komen tentang perkara itu. Kerana kedudukan tempat duduknya sukar untuk dia melihat insiden di dalam kotak penalti.

Dia cuma tahu pemainnya mendakwa pemain Malaysia menyiku salah seorang pemain Thailand.

Dan kemudian pemain Malaysia pula menafikannya.

“Saya tidak boleh tengok insiden itu dari sini [tepi padang]. Ianya sukar sekali nak tengok.”

“Apa yang saya dengar daripada pemain pemain saya, ianya satu sikuan yang jelas dilakukan oleh salah seorang pemain kamu [Malaysia].”

“Pemain pemain kamu pula menafikannya. Saya tidak boleh nampak dari sini, sangat sukar.”

Bercakap tentang tuntutan penalti yang dibuat oleh Thailand selepas pemain gantiah Shamie Iszuan mengasari pemain Thailand dengan satu tackle lambat, Mano Polking kali ini menyatakan dia boleh nampak dengan jelas insiden itu dari tepi padang.

“Saya rasa ianya penalti yang jelas untuk kami pada akhir babak.”

“Jadi akhirnya kita anggap situasinya adil sekarang.”

 

Baca yang lain