Mantap! Debut Martin Braithwaite Catat Assist, Messi Ledak 4 Gol

Barcelona membuat perpindahan kontroversi pemain Denmark iaitu Martin Braithwaite.

Beliau terus diberikan debut semalam oleh pengurus Barcelona, Quique Setien. Braithwaite masuk pada minit ke-72 menggantikan penyerang Perancis, Antoine Griezmann.

Barcelona mencatatkan kemenangan mudah 5-0 ke atas Eibar, dalam aksi yang menyaksikan Messi menjaringkan 4 gol di dalam perlawanan ini.

Dan apa yang menarik, pemain berusia 28 tahun, yang melakukan debut, Martin Braithwaite telah memberikan impak yang sangat berkesan di dalam perlawanan ini.

Martin Braithwaite berjaya melakukan 7 sentuhan dalam perlawanan ini dalam 18 minit aksinya di atas padang.

Braithwaite cemerlang mencipta 2 assist kepada Lionel Messi dan Arthur. Lionel Messi cemerlang menamatkan kemarau gol beliau dalam beberapa perlawanan – tak banyaklah.

Malam tadi Messi terus skor 4 biji terus kau tau.

Selain itu, Braithwaite juga berjaya memenagi 2 duels serta melengkapkan satu gelecekan di dalam perlawanan ini.

https://twitter.com/BT_Stats/status/1231267370804695041

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Braithwaite gembira dengan kecemerlangan beliau membantu pasukan menang.

Ditanya tentang perasaannya dapat melakukan assist kepada Lionel Messi, Braithwaite berkata: “Ianya tak susah pun, cuma perlu bagi dia bola dan dia akan skor.”

Kecemerlangan Messi

Lionel Messi mencetak satu lagi hatrik di dalam kariernya. Beliau menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 5-0 Barcelona ke atas Eibar.

Beliau kini menjadi pemain pertama yang menyumbang kepada 1,000 gol di dalam kariernya.

Messi kini kembali di dalam persaingan kasut emas Eropah selepas agak sedikit ke belakang sebelum perlawanan ini.

Ini adalah aksi yang sangat cemerlang dan Lionel Messi akan selepas ini akan bertemu Real Madrid dalam el clasico selepas aksi UCL berhadapan dengan Napoli.

Perpindahan kontroversi Braithwaite

Barcelona telah mengaktifkan klausa pembelian darurat kerana kecederaan yang melanda Ousmane Dembele.

Satu peraturan pelik dalam La Liga, sesebuah pasukan itu dibenarkan membeli pemain di luar waktu jendela perpindahan.

Dengan syarat mereka dapat pengesahan bahawa ada pemain mereka yang cedera panjang lebih daripada enam bulan. Barcelona mendapat pengesahan bahawa Ousmane Dembele akan berehat lebih 6 bulan.

Namun perpindahan itu hendaklah melibatkan di antara pasukan Sepanyol sahaja. Lalu Barcelona mendapatkan pemain Leganes iaitu Martin Braithwaite dengan membayar klausa pelepasan €18 juta.

Malang sekali, Leganes pula dihalang untuk menggantikan Braithwaite kerana tidak ada pemain yang cedera panjang.

Barcelona membayar klausa pelepasan sekitar €18 juta untuk pemain dari Denmark itu. Dan kemudiannya memasukkan klausa pelepasan €300 juta.

Braithwaite sangat gembira dengan perpindahan yang dianggapnya perpindahan impian yang menjadi nyata.

Namun begitu ada beberapa pihak yang tidak gembira dengan perpindahan ini yang dianggap menutut peluang kepada graduan La Masia. Antaranya ialah Rivaldo.

Rivaldo turut mempersoalkan adakah pemain ini sesuai dengan taktikal Barcelona. Dan selepas aksi debut cemerlang ini, mungkinkah Rivaldo akan mengubah fikirannya?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di